Hari semalam saya melawat ladang mushroom organic di Seletar, Singapore..Belajar mengenai beberapa perkara menarik berkaitan mushroom and very interesting...Terdapat pelbagai jenis cendawan organik yang ditanam disini..Shintake, Taritake n lain-lain lagi yang tak dapat saya ingati kerana nama-nama saintifik yang unik..
Ini adalah keadaan di dalam mushroom house..Batang kayu yang digunakan semuanya menggunakan plant material..Interesting kan...Tiada bahan terbuang..semuanya dikitar semula...
Ini adalah Dr Lim..Individu yang banyak membuat kajian berkaitan cendawan organik ini..Masa ni dia tengah memasak resepi mudah cendawan untuk kami rasa..Cendawan pertama membuatkan saya pening sedikit..mungkin kerana terlalu banyak bawang putih, tapi cendawan yang kedua sedap..Tengok betapa bersihnya kawasan tanaman mereka..Respek orang Singapore kalau bab-bab kebersihan ini..Hehe
Selepas itu kami mengadakan sedikit perbincangan untuk membawa teknologi ini ke Malaysia..Biasalah lawatan mestilah disusulkan dengan perbincangan berbentuk ilmiah..hehe..Tapi aku cuma jadi orang yang mendengar, biarlah bos-bos besar yang bincang...Kemudian kami pulang ke Malaysia..Makan nasi beriani di JB dan aku terus menghala ke KL untuk hadiri Course ESQ..
Hari ini hari pertama aku hadiri Course tapi badan aku dah sakit-sakit tambah pula dengan aircond yang sejuk aku terus kena selsema+ demam dan batuk..Nasib baik asma tak datang menyerang..Apa lagi, terus minta bantuan K.Reen bawakan aku ke klinik dan aku dapat ubat termasuk in haler baru..
Balik bilik hotel terus menghadap tasik yang cantik...
Nice view isn't?
Hotel Flamingo by Lake, Ampang..Nice kan walaupun sebenarnya kawasan tu sesak..hehehe
Esok saya berazam untuk menghadiri course terbabit lagi..Harap-harap saya mampu bertahan..Hehe..