Ok..dah lama rasanya saya tak menulis ( tulis?) taip lebih sesuai kot dalam blog saya ini..Sejak tarikh mangkatnya Sultan Johor hingga sekarang barula saya berkesempatan untuk menulis sesuatu yang saya baru pelajari sejak 2 hari lepas apabila saya baru sahaja berjaya menyelamatkan diri buat pertama kalinya dari berbelanja untuk perkara yang sepatutnya tidak perlu pun..Di sini saya ingin berkongsi tip yang saya pelajari bagaimana untuk mengelakkan diri anda daripada masalah membeli barang, pakaian, alat kosmetik yang sebenarnya anda tidaklah perlu sangat pun..tip-tipnya adalah:
1. Sebelum membeli cuba berfikir lebih daripada 3 kali...Maksudnya di sini tanya pada diri anda adakah anda perlu atau tidak sebenar-benarnya barang tersebut?..Jika jawapan tidak lebih banyak, jadi barang itu takdela penting sangat kan..
2. Kemaslah selalu almari anda dan saya percaya anda akan jumpa kembali baju-baju dan seluar yang telah lama anda tidak pakai...daripada anda asyik dilihat asyik-asyik hanya memakai t-shirt dan seluar yang sama, apa kata anda try mix and match dengan membeli cardigan/ jaket yang boleh menjadikan anda nampak trendy bila disuai padankan dengan betul..tak gitu?..atau gayakan t-shirt putih/hitam anda dengan lilitan mafla bagi yang free hair, manakala yang bertudung gayakan dengan tudung yang berwarna-warni..gabungan dress bersama legging juga boleh buatkan anda nampak trendy...pakaian lama pun boleh nampak baru n bergaya sekiranya anda mix n match dengan baik...
3. Selalulah bersihkan peralatan solek anda, bukan sahaja boleh elakkan cepat rosak malah boleh mengelakkan muka anda daripada bermasalah dikemudian hari..sekiranya semasa mengemas anda terjumpa beberapa eye shadow yang warnanya anda jarang guna, daripada membazir baik anda adunkan dengan menjadikannya warna-warna smokey yang cantik..kan berguna akhirnya...begitu juga dengan lipstik yang anda pakai, adunkan di bibir lebih daripada satu warna..pasti akan dapat warna yang sesuai dan anda menggemarinya..
4. Apabila mandian atau syampu anda sudah habis, jangan buang dahulu botolnya, letaklah ia secara terbalik dan anda boleh gunakannya untuk mencuci tandas anda..selain baunya wangi, malah lantai bilik mandi anda lebih berkilat dari biasa..Tak percaya? cubalah...
5. Jangan terlalu terpengaruh dengan pencuci muka yang memberi kesan pemutihan, cukupla cari pencuci muka yang sesuai dengan diri anda..jangan gunakan produk kecantikan yang mengelupas terlalu ketara kerana ia akan menyebabkan anda berbelanja lebih kemudian hari untuk merawatnya semula..Ingat..biarlah yang sesuai dan memberi kecerahan kepada kulit wajah untuk nampak sihat..
6. Minyak wangi? Mahal? Semua orang mesti memiliki 1 minyak wangi berjenama tetapi tak perlulah membeli sehingga 10-30 botol..cukupla 1 untuk pemakaian kala keluar bekerja dan 1 lagi untuk majlis-majlis tertentu..untuk aktiviti harian anda boleh mencuba gunakan EDT (eu de toilet)..lagipun harganya lebih murah berbanding eu de parfume (EDP)..Wangian cadangan saya cubalah wangian Avon atau Body Shop untuk aktiviti harian anda..saya sangat sukakan Little Black Dress dan LOVE Etc..manakala untuk perfume sudah tentu HUGO BOSS n White Musk..
7. Pemakaian lip balm adalah sangat penting untuk elakkan bibir daripada merekah tetapi janganlah berlebih sehingga beli 5-6 jenis lip balm..pilih yang sesuai dengan bibir anda..selain jimatkan duit, malah mencantikkan bibir anda..
8. Beli kasut yang benar-benar selesa di kaki anda..cukuplah jika anda memiliki 3 pasang kasut tinggi yang boleh dipakai untuk ke majlis, 2 pasang kasut kerja, 1 pasang kasut sukan dan sandal..tetapi hendaklah selesa di kaki anda ye???..saya sangat sukakan koleksi kasut crocodile dan carlo rino kerana berfesyen tetapi selesa...daripada anda membeli banyak kasut tapi akhirnya semuanya hanya tersimpan didalam almari kasut..
9. Dalam koleksi beg anda wajib memiliki 1 beg saiz besar, 1 beg bekerja ( coklat/hitam) dan sling bag...daripada anda memiliki banyak beg tetapi hanya boleh digunakan jika digayakan dengan pakaian tertentu sahaja..jadi pilihla yang mudah dipadankan dengan pelbagai warna baju dan majlis...
Ok setakat itu sahaja...panduan untuk saya juga..=0