Mari kita belajar cara jimat duit secara kreatif..Jikalau selama ini kita cuma hanya belajar berjimat dengan cara biasa lets try new method for savings..ini cara yang sedang saya praktikkan dalam 2 bulan ini, dan nampaknya sudah memberi impak ( Impak Maksima =) ) yang positif..Kaedahnya terbahagi kepada dua..Bersifat Rohani dan Fizikal...hehe..acah jerla..
1. Setiap hari cuba kurangkan perbelanjaan seharian..sebagai contoh jika selama ini anda akan membelanjakan RM 10 sehari untuk makanan & minuman apa kata cuba kurangkan kepada RM 9.50 atau RM 9 atau lebih rendah yang anda rasa mampu untuk lakukannya..Cubalah makan untuk hidup bukan hidup untuk makan..hehehe..
2. Kurangkan aktiviti makan malam di luar..Memasak adalah cara yang paling efisien untuk menjimatkan duit..Dengan kos hanya RM 25, anda boleh makan untuk seminggu..Tak percaya cubalah..tapi make sure kena ada peti sejuk yer untuk simpan barang makanan..
3. Jangan sekat aktiviti hujung minggu hanya kerana nak berjimat, jom la kita jongging di taman yang tak perlukan kita bayar atau berkelah ditempat yang dekat dengan tempat kediaman kita..aktiviti berjalan di shopping kompleks pun takder masalah dengan syarat hanya membawa RM yang diperlukan untuk isi minyak,bayar parking dan makan..hehehe...
4. Cuba simpan segala duit syiling dalam 1 bekas..saya percaya kebanyakkan dari kita tidak berapa endah dengan duit syiling ini,bersepah-sepah dalam beg, dalam kereta, atas peti ais,TV jadi cuba kumpul dan simpan duit syiling ini dalam satu bekas..percaya atau tidak kadang-kadang jumlah duit syiling ini melebihi apa yang kamu jangkakan..hehe..gunakan duit syiling ini untuk membayar tol dan parking keta...anda boleh jimat banyak wang dengan cara ini dan pengurusan perletakkan wang anda lebih efisien..hehehe..
5. Recyle segala apa yang ada..contohnya plastik buang sampah..gunakan beg plastik yang anda dapat masa beli barang-barang jadi anda jimat untuk tidak membeli beg plastik sampah, begitu juga dengan kotak...
Sebenarnya bukan senang nak berjimat..hehehe..tapi kena ada usaha dan matlamat..Selamat Berjimat...=)
