Wednesday, September 21, 2011

MOOD DECO-DECO...
Perasaan serabut selalu ada bila pagi-pagi masuk ofis tengok meja sendiri yang tak berapa nak indah mata memandang..dan tika waktu itu juga pasangla niat nak deco my desk..cuma tak tahu atau sebenarnya tak ada idea pun nak deco dan kemas macam mana..=(..Jadi kita mulakan search image kat internet..memang langsung tak kreatif nak fikir sendiri jadi kita mulakan langkah dengan cedok dan ubahsuai je deco orang..hehe...alangkah indahnya jika ruang pejabat aku sebenarnya seperti ini..
Wake up..wake up..memang rasanya impian takkan jadi kenyataan..huhuhu..dengan jawatan macam ni dan hasil kerja yang setakat suam-suam kuku..jadi lebih baik menjenguk-jenguk hiasan yang lebih rasional dengan ruang yang sekangkang kera...so..dah merangka-rangka dalam otak ini....untuk buat list penambahan kepada kekemasan dan deco-deco sesuai dengan keluasan meja dan luas keseluruhan yang cukup-cukup ni...

1) hiasan aksesori
2) alas meja ala pua kumbu entah apa orang panggil..
3)bunga-bungaan..
4)kotak-kotak yang sesuai supaya boleh sumbat barang-barang junk yang menyemak kepala...

Ok..so sekarang wat bajet..then usha barang..and to be continue...