Friday, November 25, 2011

Cara Kerja Saya...

Diri ini bukanlah kategori dalam pekerja cemerlang bila KPI diumumkan, atau bila kenaikan bonus diwar-warkan..sejak hampir tiga tahun bergelumang dengan GLC ni, my prestasi berada tahap avarage sahaja..( malunya nak cakap)..bila dengar kengkawan yang lain ada yang dapat cemerlang selalunya diri ini akan pujuk hati sendiri..'takpelah, kerja baik-baik sudahla'..Mungkin terlalu awal untuk meraih markah cemerlang sebab kerja langsung tak sama macam kat sekolah..Jadi dengan sifat rendah diri =) diri ini redha sahaja walaupun pemahaman dalam penilaian KPI pun sebenarnya tak berapa faham jadi ikutkan sahaja lah..

Cara kerja I bukanlah super macam orang lain, tapi I amat jarang masuk campur atau jadi mak busy body nak ambil tahu hal kerja orang ataupun komen cara kerja orang atas sebab-sebab dimana saya juga tidak suka bila orang sibuk-sibuk dengan cara kerja saya. Tapi memang dah jadi lumrah hidup manusia jadi biarkan sahaja..

Cara kerja sebenarnya bergantung kepada individu bagaimana untuk dirinya menguruskan kerja yang telah ditugaskan..Tapi apa yang penting kerja itu hendaklah siap pada masanya dan baik untuk dinilaikan..

Bila bekerja apa yang menjadi keperluan utama..Tentulah sebuah diari atau buku nota untuk mencatit segalanya bermula dari A-Z ...



Macam-macam yang dicatatkan dan macam-macam nota yang di tampal..Kalau orang tengok buat malu je..Tapi ini cara saya..sejak belajar lagi memang suka buat nota tampal-tampal..Tak kisahla yang penting cara kita memudahkan kita..Betul tak??????

Hehe..Bye..

Thursday, November 24, 2011

SENARAI AZAM 2011

Menjelang Tahun 2011 (flashback that moment), dengan automatiknya senarai azam terus di-list-kan.
1) LOST WEIGHT
2) Buy more handbag
3) Pampered myself
4) Cook more
5) Add savings
6) Control my bad habit - yelling. shopaholic.over sleep.
7) Futher study

Dalam senarai 7 yang telah di-list-kan sebagai azam tahun ini yang telah dilaksanakan hanyalah..

Cook more =(..*shrink myself* Sejak dah ada anak memang memasak adalah agenda utama. Apa taknya, tiap-tiap pagi memang wajib masak bubur untuk Rauhah sejak dia dah boleh makan bubur dan etc..hehe

Handbag pun dah banyak dibeli.Sampaikan dok bergantung buat serabut bilik je.. Tapi tu pun tak sedar diri still ada nafsu nak beli lagi.

Apala bahana sehinggakan 5 yang lain masih tak dapat digapai walaupun tahun 2011 dah nak habis dah..Pampered myself pun tak dapat nak buat 100%..Inikan pula nak sambung belajar???Add savings ( camnelah ko nak tambah simpanan kalau kerja ko mengabihkan je duit gaji yang dapat??) dan secara automatik nak buang sikap buruk yang suka membeli tu takkan hilang. The most important thing LOST WEIGHT!!!!!!!!!!!!!..Aiyoyoyo..memang diet yoyo..sebulan diet, exercise = turun 5 kilo pastuh naik balik..terus bam..bam..pastu dah malas..bila orang tegur cakap nampak makin tembam..mulala sakit hati..pastu tidur..dan keputusannya naik lagi 5 kilo..

Kenapa??????

jawapan sebenar adalah terletak pada diri sendiri..bukan salah Rauhah..(skit-skit wat alasan jaga rauhah penat, beli baju untuk rauhah, beli barang rauhah pastu selit barang untuk ibunya sekali..hehe)..bukan salah suami ( skit-skit wat alasan kena masak untuk suami, dah masak mesti kena makan, dah makan apalagi gemukla) bukan salah kerja( kerja banyak, bertimbun, malas nak jalan, takde masa nak pi  kuliah lagi)

Diri Sendiri.. Apa yang susah sangat ko ni???
Diri sendiri jawab..Sebab takde kesungguhan..
Jadi ...pegi jerla isi online nak masuk U..dari ko ngadap pc, pastu waktu lapang layan facebook baik ko usha U mana bleh ko apply..
Dari ko dok makan, malas exercise..baik ko rajinkan diri...jaga makan..jangan melantak ikut suka ahati je..
dari ko abiskan duit..baik ko simpan dalam ASB
Dari ko dok tidur baik ko jaga diri...

Terima kasih diri sendiri..saya akan bersungguh selepas ini...(tamat kisah yelling..pasni tak mau jerit-jerit lagi)

p/s: skang dah list-kan Azam 2012..bolew gitewww???????

Wednesday, November 09, 2011

Masa Bosan

Bila rasa bosan apa yang aku buat?? Mula la buat kerja budak-budak, start search engine taip macam-macam kat google..Hari ini entah mengapa secara tiba-tiba terlintas di fikiran untuk taip good ideas dan terjumpala video ni yang awesome!!! ( bunyi Barney macam dalam How I Meet Your Mother)





AWESOME!!!!!