Wednesday, September 19, 2012

Jangan Tertipu Dengan Tambang Murah AA

Sebelum berangkat ke Bandung, Indonesia,memang kat dalam kotak fikiran nak update blog dengan moment-moment gembira masa kat sana tapi for the first entry aku nak tak kira nak cerita jugak pasal tragedi September yang berlaku kat gerombolan kitaorang ni akibat daripada bad services AA dengan penggunaan bahasa yang paling sopan..

Kegembiraan masa beratur excited nak pi Bandung sikit bertukar jadi nak marah bila terpaksa beratur lama kat kaunter excess luggage yang aku rasa perkhidmatan paling buruk yang disediakan oleh AA. Hampir lebih sejam kami beratur padahal hanya selang 2 couple mat salleh je sebelum kami sampai kat kaunter, bila turn kami tiba pekerja AA boleh cakap dengan muka selamba kaunter dah tutup sebab dah lambat dan suruh kami ke kaunter 68. Cuba bayangkan dengan lebih sejam tunggu beratur, dengan muka selamba minah ni boleh cakap kaunter dah closed. Dahla buat kerja langsung tak cekap dan  yang berbulunya masa dia layan 2 orang customer sebelum kitaorang dengan terhegeh-hegeh and siap flirting lagi pastu bila sampai turn kitaorang dah closed kaunter.

So tanpa lengahkan masa, sebab dah habis banyak bazirkan masa kat kaunter excess luggage 38 kitaorang terus lari ke kaunter 68. Bila sampai kat sana the guy customer service boleh salahkan kitaorang sebab lambat. Dia cakap kaunter dah dibuka jam 3 pagi..dan customer should beratur 4jam sebelum kat kaunter excess luggage.. So, daripada apa yang keluar kat mulut that guy kita dah boleh tahu memang services AA memang paling lambat dalam dunia..Boleh bayangkan tak korang kena beratur 4 jam sebelum berlepas kat kaunter excess luggage..That guy siap dengan muka selamba cakap " Beli jer tiket lain".. Pastu siap bagi option amik flight petang atau malam. Cheewah senang je cakap...Dok bertekak saja dah kat 10 minit, guy customer service tu cakap try check in, tengok kalau boleh masuk ke tak lagi. Kami pun berlari-lari dah macam program Amazing Race ke tempat check in, customer service kat situ cakap plane belum berlepas dan boleh check in..so dengan kata sepakat kami tinggalkan 2 hero untuk bawak our luggage with the next flight..Namun malangnya bila kami sampai kat gate pass, pintu dah tutup dan kami tak lepas jugak nak naik plane. Memang macam-macam perkataan dah keluar dari mulut kami..

Apa yang menariknya dan faktanya :
6 orang daripada ahli rombongan kami dapat naik plane dan hampir separuh daripada kerusi tempat duduk dalam plane AA kosong.Siap ada bukti bergambar..nanti aku nak mintak En. Mus upload kat FB..

Bila kami ke Imigresen (kena bagi pasport untuk rekod sebab missed flight) Pegawai Imigresen cakap dah 40 orang mengalami kejadian yang sama pagi tu..Jadi adakah ini taktik AA sebenarnya untuk kaut keuntungan lebih????

Flight sebenarnya delay, dan pukul 7.35 pagi baru terbang..So kalaulah benar AA itu utamakan penumpang dengan lebih 50 orang missed flight aku rasa, patutnya kitaorang dan yang tertinggal kapal yang lain tu boleh je naik sebab pukul 7.00pg kami berada di pintu gate dan memandangkan pukul 7.35 pagi baru terbang rasanya sempat je kalau excess je luggage kami tu sebelum jam 6.30 pagi tadi. Bukan salah kami yang lambat beratur tapi servis AA yang lembab..Nak excess 1 bag pun kat 15 minit..

Kami beli tiket flight dengan diskaun tapi takderla dapat diskaun dengan erti kata sebenar sebab tiket balik kami turut dicharge penalti yang aku rasa sangat tak logik sebab missed flight tiket pagi tadi dan beli tiket baru kenapa nak kena charge juga tiket balik?..Memang yang ini AA kena jawab..Secara terangan memang AA mencekik darah...Hampir 13 K kami kena bayar.. Jadi tahniah AA staff  atas perkhidmatan korang ,bonus korang mesti masyuk tahun ni..sebab sure beratus lagi customer kena macam mana kami kena..

Aku terjumpa juga dengan beberapa orang yang sama missed flight dan dorang cakap dorang sampai jam 3 pagi dan masa tuh kaunter excess luggage ke Bandung belum buka..Jadi kepada customer service kaunter 68, sila renungkan apa yang kau cakap..

Staff AA memang cakap pusing-pusing, kejap lain, kejap lain..So jangan percaya sangat..buktinya masa kami beratur nak excess luggage kali kedua, ada sorang minah nih kesian dia terpaksa patah balik ke kaunter excess sebab tak boleh bawak masuk barang dia kat check in gate sedangkan staff AA kat kaunter excess cakap boleh carry je barang tuh..Jadi faham-faham jerla..

Pengajaran:

1) Tak payah naik AA kalau ada option lain...naik je MAS takpun syarikat penerbangan yang lain kalau ada..Jadikan AA pilihan terakhir..
2) Kalau dah terpaksa, pastikan korang beratur siap kat kaunter excess luggage tu 4 jam sebelum..berkhemah pun tak pe..sebab pastinya bila sampai turn korang nak excess luggage 1 beg saje dah 15 minit kalau 10 beg dah sejam dan itulah yang terjadi kat kami...Beratur sampai dah nak patah kaki...
3) Tak payah bawa beg besar sebab servis dia memang lambat dan paling teruk dalam dunia nih..Bawak je beg galas, beli je baju kat destinasi yang korang pergi sebab caj extra weight gila mahal...Korang pun takde masalah nak kena beratur lama-lama.









Monday, September 10, 2012

Raya..Raya 2012

Lamanya Ibu Hohah tak update Blog sebab concentrate beribadah puasa dan beraya..hehe..Dengan hanya berjaya kurangkan berat badan 5kg sepanjang bulan puasa dan naik semula tak sampai 5 hari raya..hehe..Gambar kenangan masa raya....

Rauhah excited main tangga kat umah moyang

Keluarga Kami

Aik mana pi budak capang???hehe..kena tukar turn sebab xde jurugambar pro..



Kumpulan Merah
Kumpulan Kuning (macam wall umah Acik Ziah)...