Thursday, March 21, 2013

Look dat I Love.....

Ini bukan entry berbayar..eyh tetiba..Kisah bermula bila aku MC (mc lagi..ini sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh Klinik Kerajaan Malaysia) sebab masalah pregnancy bleeding..(oh tak nak cerita panjang hal ini, entry lain kali sebab still trauma)...Entah berapa banyak MC pun xtau bulan nih...

Oleh kerana MC dan sangat boring dok umah sesorang..Rauhah hantar Taska sebab nak rehat sangat konon...So lapar, dan malas nak masak..jadi decided pegi beli nasi campur kat Curry Pit Stop Angsana teringin nak makan kari ayam n asam pedas sekaligus..Masa dok menunggu stall dibuka, jalan-jalan jap cuci mata dengan langkah yang teramat slow usha baju..this sales girl tegurla mak buyong ni.."Cantikla maxi dress akak..beli mana???"..Wah apa lagi kembangla mak yong yang memang dah sedia kembang.."Online dik.."

Aku yang memang suka usha baju online sebab malas nak bersesak plus berjalan..Tak macam beli handbag,seluar atau kasut yang sememangnya kena acu try berbagai..Tapi kalau baju lebih-lebih lagi dress, maxi dress memang beli online je.....

www.thepoplook.com memang website shopping dress yang paling disukai sebab design dress yang memang menepati sangat my taste..Simple, elegant but sometimes chick make me confident to wear it even tengah preggy right now...Lagipun ada pilihan saiz..Tu yang penting...

So xpayah la nak menghabiskan tenaga banyak sangat, just tumpukan perhatian kat monitor je usha baju..Hehe..Lagipun apa yang aku suka bila shopping dengan poplook..Cepat sampai, baju memang berkualiti dan paling suka dengan pilihan bajunya with vibrant colour...

Memang suke sangat dress kat sini..Simple je....xderlah berambu beramba sangat kan...Lagipun high quality fabrics with cheap price..biasela..orang kedekut macam aku memang selalu cari barang murah tapi nak kualiti tinggi..So kalau korang lebih kurang perangai huduh macam aku leh usha this online shop...



Cara nak buat payment pun easy peasy je...Takdela rumit cam sesetengah online shop or blog.....

Dah sampai my baju...hehe..selalunya just take 2 - 3 days  untuk sampai.......
Tak sabar nak pakai..hehe....
Wear blouse from poplook.....Love this black blouse....


Sesuai untuk preggy women jugak..hehe...pakai gi kenduri, gi kerja, gi jerjalan...sesuai in every condition dan majlis..

Tuesday, March 12, 2013

CUTI HOSPITALISASI!!!

Dapat tajuk nih masa isi borang cuti kat e-sistem..cari apa jenis cuti yang patut aku fill in bila masuk wad hospital, jenis cutinya adalah cuti hospitalisasi..hehe...

Pregnant kali ni memang satu cabaran yang besar walaupun tak muntah teruk macam 1st preggy dulu tapi yang kali ni memang lain macam and betul la kata mak2 n akak2 bahawasanya setiap kali mengandung pengalaman yang berbeza akan dialami..

Masuk minggu ke 24 pregnant aku kena demam panas..Empat hari tak kebah, so hari ke 4, dah tak tahan sebab badan dah sakit-sakit, minta je my husband hantar ke hospital..Without anythinking pasal kena tahan wad, yang dok difikirkan hanya baby dalam perut...

After wait dekat 1 jam dan kena tunggu lagi 2 jam untuk dapat keputusan darah, finally selepas dok dengar 2 orang doktor dok argue sana sini about my condition, finally they decide kena tahan wad....Pasrah jerlah kan walaupun hati kata taknak, tapi bila fikirkan baby dalam perut aku follow jugak..

Apa yang aku dapat lihat bila duduk selama 4 hari 3 malam di wad hospital kerajaan???

1. Fasiliti yang tahap tidak memuaskan..Yes I know that we pay murah giler than private tapi bukankah sepatutnya hospital dan fasiliti kesihatan perlu diberi keutamaan???Kesian tengok ada seorang makcik ni kene tido atas katil yang dah rosak..Bergerak-gerak katil tu..tak tahan tengok keadaan makcik tuh, aku n akak sebelah katil aku minta kat nurse pelatih untuk tukarkan katil..Nasib baiklah adik-adik nurse pelatih ni baik, sanggup carikan katil lain and replace that bed..Keseluruhan katil yg ada memang in bad condition...

2. Work attitude nurse...Ada nurse yang ok, rajin and sentiasa bersedia menjalankan kerja mereka, tapi ada juga nurse yang langsung tak mesra, buat kerja pun sambil lewa dan banyak dok berborak je dari kerja especially bagi nurse yang shift malam..Situasinya: ada akak ni memang tak dapat berjalan, n memang pakai pampers, cuba bayangkan pampers tak ditukar..dia dah mengamuk tapi nurse boleh wat dek jer, nasib baiklah ada pesakit-pesakit lain yang mempunyai kudrat ni tolong akak ni salin pampers..alahai, tak malu ke cik nurse woi, pesakit lak yang jalankan kerja awak...Dalam ramai staf nurse aku paling respect dengan nurse yang jaga waktu siang ni...memang baik, kerja cepat, rajin dan memang terbaik..kalaula ada undian best employee of the month, sure aku dah vote adik ni...

3. Waktu makan ubat pun kekadang boleh terlajak...aku pun pelik..patutnya makan waktu pagi pukul 6 pagi, tapi pukul sembilan baru bagi ubat..sabar jerla...

4. Keadaaan toilet yang memang tak berapa nak baik...Entahla..cleaner lambat satu hal, peralatan toilet pun satu hal....

5. Pantauan kuar masuk pelawat, lebih-lebih lagi kanak-kanak..entah macam mana aku tengok budak-budak kecik boleh masuk wad..Macam tak sesuai je sampaikan Rauhah pun boleh terlepas naik..Yang abah dia pun sama bawak naik budak kecil siapa suruh..Tapi biasala typical rakyat kita, harung aje selagi boleh..so bile masuk second day, aku je yang turun bawah jumpa Rauhah...tak sanggup fikirkan kuman-kuman yang berterbangan dalam wad tuh nanti jangkit kat anak lak...

6. Masa menunggu yang lama..biasala, orang akan cakap sebab terlalu ramai pesakit..Tapi dah tau ramai, kenapa tak ramaikan staff???Ramaikan nurse??Ramaikan doktor dan yang penting kemudahan..Bilik blood test just ada 4 meja, dan 4 staff nak amik darah hampir beratus orang sehari..adoi yai...memang seksa..tunggu untuk blood test aje dah 4 jam...memang habis sehari suntukla kat hospital....

Bila tulis perkara-perkara macam ni of course la orang akan cakap, banyak duit pi privatela....tapi berapa ramai rakyat Malaysia yang mampu???Bukan ke dah jadi tanggungjawab kerajaan untuk provide semua ini untuk rakyat..Jadi adalah patut lebihkan belanjawan untuk hal ehwal kesihatan berbanding benda lain..Lagipun rakyat Malaysia hanya mampu beli insurans kesihatan namun tu pun setakat umur pencen untuk bayar premium...selepas itu akhirnya, apabila had bayaran pun dah cecah ratusan ribu, syarikat insurans pun dah tak nak tanggung, finally kena ke hospital kerajaan juga....

Jadikan tag "Anda Layak Dapatkan Perkhidmatan Terbaik " tuh betul-betul terbaik...