Mesti ada di mana-mana seorang atau dua atau lebih dalam sebuah syarikat, organisasi, unit atau bahagian spesis loner atau jenis kurang bersosial dengan kawan-kawan pejabat dia yang lain..betul tak?? cuba perhati dan amati...My BFF aku label aku ni jenis loner di ofis aku ni..Jenis hidup sendiri dalam bilik ofis dan buat kerja je tau sampai tak kisah apa nak jadi..Aku tak pasti la kan..tapi bila diamati mungkin 98% betul apa yang dicakapkan oleh sahabat dunia akhirat aku ni...2% lagi aku abiskan masa kat pantry makan ngan acik2 dan di surau..ekekeke..kiranye bersosial la jugak...
Kenapa ada spesis loner???
Spesis loner atau lone ranger ni selalunya memiliki sikap pasif dan bukan jenis teruja dengan manusia yang bukan rapat dengan dia..Kadang-kadang loner-loner ini sebenarnya memiliki personaliti yang berbeza bila kaki dorang jejak je keluar dari bangunan kerja. Mereka ini membawa personaliti loner hanya bila di alam persekitaran kerja kerana apa???
Berdasarkan kajian kecil aku pada manusia jenis ini kerana mereka mual dengan karenah politik kerja yang entah apa-apa dan lebih suka ambil langkah tidak mahu joint mana-mana pihak / team. Politik kerja dari sekecil jawatan sehingga lah sebesar-besar jawatan yang memang memualkan..So bila loner ambil keputusan tak nak joint group or certain team secara automatik dorang disingkirkan dalam arena politik kerja atau pejabat yang kejam..Sebenarnya kemenangan berpihak kepada loner, kerana loner tak perlu berusaha nak pertahankan kedudukan nak jadi glemer, tak payah pening rasa resah nak tunjuk "kebaikan" dan pastikan ramai orang suka..Yesza..puak loner Win and Happy...Puak loner memilih untuk bahagia dan happy di tempat kerja tanpa momokan negatif macam ni...
Jauhkan diri dari manusia yang suka bergosip mengata hal orang sampaikan mual dan jadi mangsa tikam ko abis-abisan..Yang ni memang motif kenapa aku tak minat nak bersosial..Pengalaman dah pernah kena, pernah rapat dengan rapat adalah perkara yang berbeza..Hanya kerana pernah rapat tak bermakna apa yang keluar dari mulut si polan tu betul dan rasanya pernah dan kini perkara berbeza kerana kini tak pernah aku share dengan orang yang pernah rapat dulu dan rasenya takde pulak aku share segala hal masa pernah rapat dulu...So taknak pisang berbuah berkali-kali walaupun aku suka cokodok pisang...baik abaikan sahaja kegiatan sosial tak sihat ni...
Perasan tak selalunya loner adalah mangsa gosip golongan yang lain..Dari segi pengalaman aku dulu, ada seorang minah ni, dia cantik menarik ada rupa tapi selalu jadi mangsa yang lain..Motif?? Tak tahu..Jeles??Tak senang tengok orang senang???Loner selalunya ada kelebihan personaliti karekter yang berbeza, ada imej tersendiri dan pemikiran sendiri..Ada yang mengambil keputusan untuk menjadi loner kerana memang langsung tak boleh blah dengan pemikiran totok rakan sepejabat yang lain..Yerla..kalau keluar cakap pendapat yang berbeza sikit je dah kena hentam negatif macam mereka saja yang betul..baik diam terus..susah nak berdiskusi pandai dengan puak-puak macam ni...Loner ni sebenarnya macam artis aku tengok..ada yang suka ada yang haters...Tapi jarang jumpa loner berjiwa haters..datang mana nak jadi haters kalau kawan-kawan nak bergosip pun takdak..haha..bagus loner...
Bukan semua orang akan suka kita, dan kita pun tak boleh nak suka semua orang....Bestnya jadi loner walaupun tak suka orang..tak payah nak mengumpat nak mengata sebab teman seperjuangan mengata orang tiada di pejabat..jadi selamat dari dosa...
Loner di pejabat bukan bermakna di luar mereka tiada teman dan keluarga..Loner dipejabat kerana tidak mahu dipengaruhi dengan skandal..Jeng..jeng...ni memang banyak terjadi..dengar cerita kawan aku pasal skandal kat jabatan dia, baikla hindari walaupun tiada niat..Hindari dari fitnah....Rasanya family type person lebih ramai dikalangan loner..Mereka lebih bersifat kekeluargaan..Baik balik rumah sediakan makan pakai dan luangkan masa ngan anak-anak, mak bapak, suami, isteri, kucing-kucing dirumah....
Sebenarnya ramai kat mana-mana pejabat yang pilih untuk jadi loner..Loner kat pejabat tak bermakna kat luar pun dia loner..Loner pun ada BFF..Loner pun ada family..so maafkanlah Loner..