Sepanjang bergelar ibu kepada dua orang anak tika ini..aku biasa dengar komen-komen atau mungkin nasihat dari mereka yang kononnya lebih pro dalam menjaga anak-anak yang kadang-kadang membuatkan aku rasa down dan cuba untuk buat seperti yang dinasihatkan tetapi selalunya berakhir dengan kecewa and very frustrated sebab penerimaan anak kita tak seperti yang diinginkan.
Bila tak dapatkan susu kan anak secara eksklusif dikatakan kita tidak berusaha dan akan keluarlah perkataan susu ibu adalah susu yang terbaik..kenapa eyh tak boleh breastfeed??? tak pump ke??? La kenapa tak menyusu sampai umur 2 tahun??
Bila kita cuba mengajar anak dengan beri bubur di kala umur 6 bulan..keluarla statement..tak bagus untuk sistem kumuh anak..cubala buat puree buah-buahan/sayuran dulu.. Tapi bila kita bercerita bagi anak nestum..keluar pula komen..tak elok bagi nestum..lagi bagus kita masakkan bubur untuk anak kita..biar dia makan masakan tangan maknye..
Bila anak tak pakai stoking dan sarung tangan keluar pula statement ..Ish kena pakai stoking ni..nanti masuk angin..
Bila anak kurus...Kenapa kurus sangat ni??Tak bagi makan benda berkhasiat la ni..
Anak tidur buaian salah..anak hisap pacifier boleh buatkan gigi jonggang..macam-macam komen membunuh hati seorang ibu yang pernah aku dengar.. Masa Rauhah kecil dulu aku banyak dengar komen-komen membunuh hati macam ni lebih-lebih lagi dengan perasaan bersalah kerana tak dapat nak susukan dia. Tahap klimaksnya bila Rauhah umur 1 tahun masih belum dapat berjalan dan aku makin stress dengan komen-komen orang sekeliling bercerita mengenai mengajar anak mereka berjalan dengan cepatnya..Akhirnya aku sedar..perkembangan fizikal, psikologi dan mental kanak-kanak bukannya sama..Aku ambil keputusan pekak kan telinga dan mencari sumber yang betul..Aku siap pernah bertanya nurse sister di klinik kesihatan dan dia hanya bagi jawapan selamba.."Buat apa nak risau dia jalan lambat,cakap lambat atau menulis lambat..Yang penting dia sihat, membesar dengan akhlak yang baik dan beragama"
Bila Raid lahir..aku sudah pekakkan telinga..aku berusaha untuk susukan Raid dengan target yang rendah tetapi aku berjaya susukan juga dia sehingga umur 6 bulan walaupun telah campur dengan susu formula..
Setiap ibu mempunyai pengalaman berbeza dan masalah berbeza..Setiap ibu itu sebenarnya mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka..Bersyukurla dengan anak-anak yang dapat berjalan,bercakap, membaca, menulis dengan cepatnya..Bukan dengan membandingkan mereka dengan anak-anak orang lain...
Masalah anak kami yang masih pakai drypers walaupun dah berumur 4 tahun bukan bahan untuk dibincangkan...sebab bagi kami ini bukan masalah...
Anak-anak kami belum pergi ke tadika di kala umur 3 hingga 4 tahun juga bukan bahan untuk dipertikaikan...
Bagi aku cukuplah anak-anak membesar sihat, penuh dengan kasih sayang, berakhlak baik, berfikiran positif dan beragama kerana aku tahu akan sampai masanya bila masanya untuk mereka.Macam sekarang Rauhah bila dah pandai cakap hah amik kau..cakap tak henti dan ibu pun kadang-kadang makan hati dengan mulut laser dia..hehehe...So yang penting dengan umur mereka sekarang biarla Rauhah dan Raid teroka hidup dunia kanak-kanak mereka..Sekurang-kurangnya ada cerita lawak yang nak diceritakan dan gelakkan nanti bila dorang dah besar macam cerita aku masa kecil cakap pelat sampai sekarang mak aku dan adik beradik lain gelakkan..dan setiap adik beradik aku ada cerita tentang ketidaksempurnaan dorang masa kecil..Bosanla pulak hidupkan kalau semua cerita bagus-bagus je...takde bahan gelak gurau senda nanti...