Friday, April 16, 2010

Mari kita belajar cara jimat duit secara kreatif..Jikalau selama ini kita cuma hanya belajar berjimat dengan cara biasa lets try new method for savings..ini cara yang sedang saya praktikkan dalam 2 bulan ini, dan nampaknya sudah memberi impak ( Impak Maksima =) ) yang positif..Kaedahnya terbahagi kepada dua..Bersifat Rohani dan Fizikal...hehe..acah jerla..
1. Setiap hari cuba kurangkan perbelanjaan seharian..sebagai contoh jika selama ini anda akan membelanjakan RM 10 sehari untuk makanan & minuman apa kata cuba kurangkan kepada RM 9.50 atau RM 9 atau lebih rendah yang anda rasa mampu untuk lakukannya..Cubalah makan untuk hidup bukan hidup untuk makan..hehehe..
2. Kurangkan aktiviti makan malam di luar..Memasak adalah cara yang paling efisien untuk menjimatkan duit..Dengan kos hanya RM 25, anda boleh makan untuk seminggu..Tak percaya cubalah..tapi make sure kena ada peti sejuk yer untuk simpan barang makanan..
3. Jangan sekat aktiviti hujung minggu hanya kerana nak berjimat, jom la kita jongging di taman yang tak perlukan kita bayar atau berkelah ditempat yang dekat dengan tempat kediaman kita..aktiviti berjalan di shopping kompleks pun takder masalah dengan syarat hanya membawa RM yang diperlukan untuk isi minyak,bayar parking dan makan..hehehe...
4. Cuba simpan segala duit syiling dalam 1 bekas..saya percaya kebanyakkan dari kita tidak berapa endah dengan duit syiling ini,bersepah-sepah dalam beg, dalam kereta, atas peti ais,TV jadi cuba kumpul dan simpan duit syiling ini dalam satu bekas..percaya atau tidak kadang-kadang jumlah duit syiling ini melebihi apa yang kamu jangkakan..hehe..gunakan duit syiling ini untuk membayar tol dan parking keta...anda boleh jimat banyak wang dengan cara ini dan pengurusan perletakkan wang anda lebih efisien..hehehe..
5. Recyle segala apa yang ada..contohnya plastik buang sampah..gunakan beg plastik yang anda dapat masa beli barang-barang jadi anda jimat untuk tidak membeli beg plastik sampah, begitu juga dengan kotak...
Sebenarnya bukan senang nak berjimat..hehehe..tapi kena ada usaha dan matlamat..Selamat Berjimat...=)

Tuesday, March 09, 2010

Bagaimana mahu handle atau uruskan karenah manusia ditempat kerja?..Uish susah tu..nila soalan maut yang dilontarkan pada saya petang tadi tetapi saya tak dapat nak menyambut lontaran itu dengan jawapan yang bernas kerana otak tengah blank dengan kerja bertimbun-timbun..So apa yang boleh aku bagi hanyala muka blank..( **")..Tapi sekarang saya nak jawab dengan penuh yakin bagaimana caranye untuk handle manusia-manusia yang banyak peel nih kat tempat kerja..
Pertama: Ala senang jer..wat dek jer dengan dorang nih..lebih-lebih lagi yang kaki umpat tu kan..anggap jer yang korang nih popular..sebab tulah banyak gossip..haha..dorang jeles sebenarnya..
Kedua: Cara uruskan manusia kaki bodek yang kadang-kadang menyusahkan kerja anda?? Ha..korang bodek la si kaki bodek tu..dari segi psikologinya kaki bodek sangat suka sekiranya orang membodek dia dengan pujian..tapi kesian sebab tak ade orang nak bodek die..so bodek die..pastu korang lak bodek bos..haha..sure si kaki bodek akan sedar diri..
Ketiga: Rakan sekerja yang selalu buat salah lepas tu taknak betulkan kesilapan tu..yang style ni memang saye tak suka..tapi apa yang boleh korang buat adalah betulkan kesilapan die, lepas tu kalo die masih lagi buat silap..korang buat jer sendiri dan suruh dia pula betulkan silap yang anda buat..baru dia tau akhirnya..sedarkan diri dia yang kurang sedar tu secara senyap-senyap..huhuhu
Keempat: Kerja main-main dan banyak komplen itu ini..haa..yang nih memang aku anti..apa korang boleh buat komplen balik apa yang dikomplenkan oleh si dia...bab kerja macam nak tak nak tuh saya rase hadiahkan buku ESQ 165 untuk beliau..jika dirahmati Allah pasti akan terbuka pintu kesedaran untuk bekerja dengan baik kerana kita bekerja kerana amanah Allah SWT...
Kelima: Cantas-mencantas..Ini semua politik kerja..apa yang boleh buat bukanla dengan mencantas semula beliau..tetapi apa yang boleh anda lakukan adalah laksanakan kerja anda seadanya..InsyaAllah..hasil keberkatan kerja yang jujur pasti akan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda...
Itu semua adalah antara sifat-sifat yang wujud dikalangan orang ditempat kerja kita...Sukar sebenarnya nak wujudkan kasih sayang dalam alam pekerjaan kecuali jatuh cinta dengan rakan sekerja ..tu lainlah kan...tapi tu lah...jika kita dapat handle diri kita dengan baik secara outomatiknya kita dapat handle karenah-karenah mereka ini dari terus memakan diri kita..selamilah makna ayat ini walaupun aku macam tak percaya jer aku dapat menaip ayat sedemikian rupa..=0

Tuesday, March 02, 2010

Sejak zaman U lagi saya memiliki 10 impian yang saya ingin capai sebelum umur 30 tahun..dan selalunya impian ini akan bertambah bila impian yang tersenarai telah tercapai..cuma bezanya sekarang had umur untuk capai pun mengikut peredaran masa la kan..kira banyaklah juga impian saya dah berjaya dicapai hasil daripada usaha sendiri..Namun begitu saya masih memiliki impian yang masih belum dicapai sejak bertahun-tahun lamanya..Mari kita recap semula impian saya ini sejak 8 tahun lepas..apa yang saya capai dan masih belum capai...Uish..Fuhh ( mcm Awal Shaari jer bunyinyer)..Berdebar nak recap semula...
1. Graduate diploma dengan sekurang-kurangnya penah la dapat anugerah dekan walaupun 1 semester -hasilnya saya graduate diploma dengan 3 semester berturut-turut dapat anugerah dekan..=)
2. Masuk USM untuk buat degree ( terpengaruh tengok filem Ali Setan la ni) - hasilnya aku dapat masuk USM and futher my degree there..
3. Bila dah masuk USM, cita-cita saya adalah habiskan degree dalam tempoh dua tahun - setelah berani mati SEM 1 baru masuk saya dah amik subjek SEM 3 & 4 n Sem 2 berani mati lagi amik subjek minor berdouble2...dan keputusannya saya berjaya graduate dengan hanya 2 tahun berada di USM..ucapan terima kasih pada Prof Dr Ishak yang banyak tolong aku termasuk dapatkan sticker kereta..hahaha...Thanks Prof..
4. Dapatkan kerja - hasilnya 2 hari selepas konvo saya berjaya dapat pengalaman kerja sebagai tenaga pengajar dan sekarang ramai anak murid saya yang dah bekerja- tak percaya carilah mereka ini di Facebook..(= dan banyak pengalaman kerja lagi..dan sekarang saya bekerja dengan FELCRA..tapi kalau ada peluang lagi..apa salahnya bertukar arah dan pandangan..hehe
5. Beli kereta sendiri - dah dapatla walaupun taklah mahal..tak pe sekarang impian baru nak pakai kereta yang lagi canggih macam HONDA hybrid ke..hehe
6. Bagi duit kat mak dan beli hadiah kat dia pakai duit gaji sendiri - Alhamdullillah dapat dilaksanakan walaupun kadang-kadang terpaksa pinjam balik kat dia..=p
7. Sambung belajar lagi ke peringkat MASTER- yang ini masih tergendala..semua gara-gara kena transfer ke JB..frustrated..harap-harap by this year i can make it..
8. Berkahwin dan menjadi IBU - Fuhh..InsyaAllah akan termakbul dalam masa tak berapa nak dekat ni..dan Moga di kurniakan baby2 yang comel..harap-harap kembarla..hahaha..berangan..
9. Beli rumah - ni pun belum dapat lagi..memandangkan gaji pun ciput kan tapi InsyaAllah..in my mind already have a picture of my house..macam-macam idea dalam kepala nak dekor rumah sendiri..Decor..decor..decor...ija stop it..sori..over react sedikit..
10. Menunaikan haji -perlu bagi yang berkemampuan..dan saya harap saya mampu tunaikannya semasa badan masih sihat...akal masih segar dan iman akan makin menebal..
itu impian yang masih ada sampai sekarang dan list yang telah dicapai telah diganti dengan impian yang baru...misalnya..
1. nak kumpul harta sehingga mencecah bumbung umah..haha..untuk hari tua..
2. Pergi melancong negara luar sebanyak mungkin terutama EUROPE dan Korea..Kenapa Korea? Terpengaruh dengan cerita Winter Sonata..tu la akibatnya kalau tengok CD ceritanya berkali-kali...
3. Bawa mak abah pergi Haji @ Umrah...Amin..
4. 100% guna barangan mesra alam..go green..sekarang tengah cuba praktiskan..dan jaga alam sekitar..reduce reuse n recycle..important!!!
5. Beli almari buku yang cantik dan susun all my books yang sedia ada dan akan datang....sekarang ni buku-buku aku semua bersepah-sepah..ada dalam kotak, ada dalam almari..agak-agaknya bawah almari pun ada..hahaha...

ok setakat tu saja impian saya..dan saya rasa akan bertambah lagi..@ digantikan bila saya dah berjya mencapainya..apa yang penting...usaha....hehe.. kepuasaan diri sendiri..teori maslow..remember?..=)

Tuesday, February 23, 2010

Ok..dah lama rasanya saya tak menulis ( tulis?) taip lebih sesuai kot dalam blog saya ini..Sejak tarikh mangkatnya Sultan Johor hingga sekarang barula saya berkesempatan untuk menulis sesuatu yang saya baru pelajari sejak 2 hari lepas apabila saya baru sahaja berjaya menyelamatkan diri buat pertama kalinya dari berbelanja untuk perkara yang sepatutnya tidak perlu pun..Di sini saya ingin berkongsi tip yang saya pelajari bagaimana untuk mengelakkan diri anda daripada masalah membeli barang, pakaian, alat kosmetik yang sebenarnya anda tidaklah perlu sangat pun..tip-tipnya adalah:

1. Sebelum membeli cuba berfikir lebih daripada 3 kali...Maksudnya di sini tanya pada diri anda adakah anda perlu atau tidak sebenar-benarnya barang tersebut?..Jika jawapan tidak lebih banyak, jadi barang itu takdela penting sangat kan..
2. Kemaslah selalu almari anda dan saya percaya anda akan jumpa kembali baju-baju dan seluar yang telah lama anda tidak pakai...daripada anda asyik dilihat asyik-asyik hanya memakai t-shirt dan seluar yang sama, apa kata anda try mix and match dengan membeli cardigan/ jaket yang boleh menjadikan anda nampak trendy bila disuai padankan dengan betul..tak gitu?..atau gayakan t-shirt putih/hitam anda dengan lilitan mafla bagi yang free hair, manakala yang bertudung gayakan dengan tudung yang berwarna-warni..gabungan dress bersama legging juga boleh buatkan anda nampak trendy...pakaian lama pun boleh nampak baru n bergaya sekiranya anda mix n match dengan baik...
3. Selalulah bersihkan peralatan solek anda, bukan sahaja boleh elakkan cepat rosak malah boleh mengelakkan muka anda daripada bermasalah dikemudian hari..sekiranya semasa mengemas anda terjumpa beberapa eye shadow yang warnanya anda jarang guna, daripada membazir baik anda adunkan dengan menjadikannya warna-warna smokey yang cantik..kan berguna akhirnya...begitu juga dengan lipstik yang anda pakai, adunkan di bibir lebih daripada satu warna..pasti akan dapat warna yang sesuai dan anda menggemarinya..
4. Apabila mandian atau syampu anda sudah habis, jangan buang dahulu botolnya, letaklah ia secara terbalik dan anda boleh gunakannya untuk mencuci tandas anda..selain baunya wangi, malah lantai bilik mandi anda lebih berkilat dari biasa..Tak percaya? cubalah...
5. Jangan terlalu terpengaruh dengan pencuci muka yang memberi kesan pemutihan, cukupla cari pencuci muka yang sesuai dengan diri anda..jangan gunakan produk kecantikan yang mengelupas terlalu ketara kerana ia akan menyebabkan anda berbelanja lebih kemudian hari untuk merawatnya semula..Ingat..biarlah yang sesuai dan memberi kecerahan kepada kulit wajah untuk nampak sihat..
6. Minyak wangi? Mahal? Semua orang mesti memiliki 1 minyak wangi berjenama tetapi tak perlulah membeli sehingga 10-30 botol..cukupla 1 untuk pemakaian kala keluar bekerja dan 1 lagi untuk majlis-majlis tertentu..untuk aktiviti harian anda boleh mencuba gunakan EDT (eu de toilet)..lagipun harganya lebih murah berbanding eu de parfume (EDP)..Wangian cadangan saya cubalah wangian Avon atau Body Shop untuk aktiviti harian anda..saya sangat sukakan Little Black Dress dan LOVE Etc..manakala untuk perfume sudah tentu HUGO BOSS n White Musk..
7. Pemakaian lip balm adalah sangat penting untuk elakkan bibir daripada merekah tetapi janganlah berlebih sehingga beli 5-6 jenis lip balm..pilih yang sesuai dengan bibir anda..selain jimatkan duit, malah mencantikkan bibir anda..
8. Beli kasut yang benar-benar selesa di kaki anda..cukuplah jika anda memiliki 3 pasang kasut tinggi yang boleh dipakai untuk ke majlis, 2 pasang kasut kerja, 1 pasang kasut sukan dan sandal..tetapi hendaklah selesa di kaki anda ye???..saya sangat sukakan koleksi kasut crocodile dan carlo rino kerana berfesyen tetapi selesa...daripada anda membeli banyak kasut tapi akhirnya semuanya hanya tersimpan didalam almari kasut..
9. Dalam koleksi beg anda wajib memiliki 1 beg saiz besar, 1 beg bekerja ( coklat/hitam) dan sling bag...daripada anda memiliki banyak beg tetapi hanya boleh digunakan jika digayakan dengan pakaian tertentu sahaja..jadi pilihla yang mudah dipadankan dengan pelbagai warna baju dan majlis...

Ok setakat itu sahaja...panduan untuk saya juga..=0

Monday, January 25, 2010

Memandangkan saya sekarang bekerja di Johor (walaupun saya bukan rakyat Johor tapi rakyat Malaysia) saya khaskan tempoh 7 hari ini sebagai Hari Berkabung ke atas kemangkatan Sultan Johor. Bersama ini saya sediakan sedikit latar belakang mengenai Almarhum Baginda yang Berjiwa Rakyat dan disayangi oleh Rakyat Johor dan juga rakyat Malaysia...
Profail Baginda
Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj ibni Ismail Al-Khalidi
( 8 April 1932 - 22 Januari 2010 )
Anak ke - 3
Ngee Heng Primary School
English College ( Maktab Sultan Abu Bakar)
Trinity Grammar School
Upper Chine School
Johor Civil Service ( Cadet Officer)
Al-FATIHAH..


Kita berjumpa lagi Sabtu depan..InsyaAllah..

Tuesday, January 19, 2010


Hari semalam saya melawat ladang mushroom organic di Seletar, Singapore..Belajar mengenai beberapa perkara menarik berkaitan mushroom and very interesting...Terdapat pelbagai jenis cendawan organik yang ditanam disini..Shintake, Taritake n lain-lain lagi yang tak dapat saya ingati kerana nama-nama saintifik yang unik..


Ini adalah keadaan di dalam mushroom house..Batang kayu yang digunakan semuanya menggunakan plant material..Interesting kan...Tiada bahan terbuang..semuanya dikitar semula...

Ini adalah Dr Lim..Individu yang banyak membuat kajian berkaitan cendawan organik ini..Masa ni dia tengah memasak resepi mudah cendawan untuk kami rasa..Cendawan pertama membuatkan saya pening sedikit..mungkin kerana terlalu banyak bawang putih, tapi cendawan yang kedua sedap..Tengok betapa bersihnya kawasan tanaman mereka..Respek orang Singapore kalau bab-bab kebersihan ini..Hehe
Selepas itu kami mengadakan sedikit perbincangan untuk membawa teknologi ini ke Malaysia..Biasalah lawatan mestilah disusulkan dengan perbincangan berbentuk ilmiah..hehe..Tapi aku cuma jadi orang yang mendengar, biarlah bos-bos besar yang bincang...Kemudian kami pulang ke Malaysia..Makan nasi beriani di JB dan aku terus menghala ke KL untuk hadiri Course ESQ..
Hari ini hari pertama aku hadiri Course tapi badan aku dah sakit-sakit tambah pula dengan aircond yang sejuk aku terus kena selsema+ demam dan batuk..Nasib baik asma tak datang menyerang..Apa lagi, terus minta bantuan K.Reen bawakan aku ke klinik dan aku dapat ubat termasuk in haler baru..
Balik bilik hotel terus menghadap tasik yang cantik...

Nice view isn't?

Hotel Flamingo by Lake, Ampang..Nice kan walaupun sebenarnya kawasan tu sesak..hehehe
Esok saya berazam untuk menghadiri course terbabit lagi..Harap-harap saya mampu bertahan..Hehe..

Saturday, January 16, 2010

Hari ini hari Sabtu dan saya sudah terjengul dekat ofis pada pukul 9 pagi lagi ,Hon pakcik Jaga suruh bukakan pintu gate..Sorry yer pakcik kena datang buat kerja. Apa yang saya lakukan adalah menelefon dan berbincang dengan beberapa buyer yang berpotensi untuk ditawarkan tender. Forget about that, selepas hampir siap segala kerja-kerja dokumentasi tetibe terasa lapar la pulak..Saya tak sempat breakfast coz pada mulanye berjanji dengan my housemate untuk tengok rumah baru ( rumah flat jer ) tapi cancel..Lapar..lapar..Cik adik kan  lapar..(Iklan KFC) hampeh betul..memang menggugat perut..So saya keluar untuk beli makanan..Nak makan KFC bajet bulanan sudah tiada..

Jadi inilah makanan tengah hari saya..... Ikan kerisi goreng, sayur taugeh, telur puyuh masak sambal dan sedikit sambal belacan...Yum..Yum..Makan kat ofis, sorang2..tetibe dengar bunyi gedegung gedegang..Terus my memory flash back cerita-cerita misteri yang selalu staff-staff yang lain bercerita..Erm..terpaksa tabahkan hati & cekalkan hati memandangkan masih siang jadi saya hanya menenangkan hati sendiri bahawa itu semua hanyalah bunyi angin, kipas aircond atau what ever...
Memandangkan sekarang sudah pukul 2.43 PM rasanye saya sudah mau pulang, tido..Otak dah serabut dah tak boleh nak mengadap fail yang bertimbun-timbun ni ( sebenarnya dah naik seram gak dok sini lelame)..Esok terpaksa datang lagi..Harap-harap..=)

Wednesday, January 13, 2010

Perkara pertama soal kerja yang dari dahulu sampai sekarang yang membuatkan aku n yang lain2 pening berkaitan dengan jualan BTS antara kontrak x-kilang dan x-projek..Berdasarkan manual pemasaran yang aku jadikan azimat x-kilang perlulah mengandungi kos angkut BTS manakala dalam kontrak x-projek pula tiada kos angkut BTS..Tetapi berdasarkan praktikalnya, selalunya x-kilang tiada kos angkut BTS kerana kerja-kerja delivery diuruskan oleh pihak ladang. Jadi aku confuse..mana 1 betul ni? Berdasarkan praktikal kilang/ ladang lain: kos angkut dibayar kepada ladang oleh pembeli kerana pengangkutan diuruskan oleh pihak ladang..Apa fungsi sebenar x-kilang sebenarnya? Aku confuse.......

Saturday, January 09, 2010


Berikut adalah dash board saya yang terdapat bermacam2 note dan information kerja..Celaru tak? Jadi sempena Semangat Tahun Baru yang masih berkobar-kobar ini, perubahan perlu dilakukan..=) Hari ini saya masih bekerja..Terpaksa rela kena merasmikan majlis mesyuarat AJKPP..terpaksa bagi ucapan perasmian menggantikan my big bos...Pagi-pagi lagi dah kena keluar..Ish..Ish..Bos saya layak tak dapat cuti ganti / cuti tanpa rekod sebab kerja hari cuti??..hehe..Lepas rasmi, balik terus masuk office sambung kerja tergendala sebab hari Isnin nak pergi melawat Projek Pertanian Moden Ayer Hitam yang famous 1 Malaysia tu..
Cerita Pasal 1 Malaysia sebagai cenderahati kepada Perasmi ( iaitu saya =p) pihak AJKPP hadiahkan cenderahati 1 Malaysia..Lawa....

Cun Tak? Terus aku letak kat rak hiasan dalam office aku..Sorry Bos..Saya kebas dulu...Hehe....
Masa untuk sambung kerja..Malam ini saya nak balik kampung..YEHAAAA.......

Friday, January 08, 2010


My work place yang sangat serabut sejak baru bekerja selepas cuti panjang..(5days ok)..All works have deadline yang kena siapkan sebelum 15/01/2010 sebelum semua akaun tutup..Saya nak buat permintaan bila boss nak bagi saya assistant?..Tgk gunting paper n staple report pun saya kena buat all alone...Kalau KPI (KRA) tak dapat 100% tak tau nak cakap apa lagi...

Thursday, January 07, 2010

Kenapa perlu ada blog?
Tujuan utama adalah untuk menghabiskan saat-saat berharga daripada terbuang begitu sahaja. Memandangkan kini aku telah bertukar kerjaya daripada bankers tidak bertauliah kepada pegawai hal ehwal ekonomi yang terlibat dalam pasaran komoditi dan non-komoditi.
Tujuan seterusnya adalah untuk jadikan blog ini sebagai wadah aku menyimpan dan mencoret hari-hari yang aku lalui tanpa ada motif tersirat yang aku rasakan sangat perlu oleh semua orang. Macam diari...tanpa diari dan gambar tidak lengkap kenangan jika hanya di simpan dalam memori..Kadang-kadang memori pun boleh hilang..so diharapkan blog ini menjadi storage paling berharga dalam hidup aku....=)