Sejak zaman U lagi saya memiliki 10 impian yang saya ingin capai sebelum umur 30 tahun..dan selalunya impian ini akan bertambah bila impian yang tersenarai telah tercapai..cuma bezanya sekarang had umur untuk capai pun mengikut peredaran masa la kan..kira banyaklah juga impian saya dah berjaya dicapai hasil daripada usaha sendiri..Namun begitu saya masih memiliki impian yang masih belum dicapai sejak bertahun-tahun lamanya..Mari kita recap semula impian saya ini sejak 8 tahun lepas..apa yang saya capai dan masih belum capai...Uish..Fuhh ( mcm Awal Shaari jer bunyinyer)..Berdebar nak recap semula...
1. Graduate diploma dengan sekurang-kurangnya penah la dapat anugerah dekan walaupun 1 semester -hasilnya saya graduate diploma dengan 3 semester berturut-turut dapat anugerah dekan..=)
2. Masuk USM untuk buat degree ( terpengaruh tengok filem Ali Setan la ni) - hasilnya aku dapat masuk USM and futher my degree there..
3. Bila dah masuk USM, cita-cita saya adalah habiskan degree dalam tempoh dua tahun - setelah berani mati SEM 1 baru masuk saya dah amik subjek SEM 3 & 4 n Sem 2 berani mati lagi amik subjek minor berdouble2...dan keputusannya saya berjaya graduate dengan hanya 2 tahun berada di USM..ucapan terima kasih pada Prof Dr Ishak yang banyak tolong aku termasuk dapatkan sticker kereta..hahaha...Thanks Prof..
4. Dapatkan kerja - hasilnya 2 hari selepas konvo saya berjaya dapat pengalaman kerja sebagai tenaga pengajar dan sekarang ramai anak murid saya yang dah bekerja- tak percaya carilah mereka ini di Facebook..(= dan banyak pengalaman kerja lagi..dan sekarang saya bekerja dengan FELCRA..tapi kalau ada peluang lagi..apa salahnya bertukar arah dan pandangan..hehe
5. Beli kereta sendiri - dah dapatla walaupun taklah mahal..tak pe sekarang impian baru nak pakai kereta yang lagi canggih macam HONDA hybrid ke..hehe
6. Bagi duit kat mak dan beli hadiah kat dia pakai duit gaji sendiri - Alhamdullillah dapat dilaksanakan walaupun kadang-kadang terpaksa pinjam balik kat dia..=p
7. Sambung belajar lagi ke peringkat MASTER- yang ini masih tergendala..semua gara-gara kena transfer ke JB..frustrated..harap-harap by this year i can make it..
8. Berkahwin dan menjadi IBU - Fuhh..InsyaAllah akan termakbul dalam masa tak berapa nak dekat ni..dan Moga di kurniakan baby2 yang comel..harap-harap kembarla..hahaha..berangan..
9. Beli rumah - ni pun belum dapat lagi..memandangkan gaji pun ciput kan tapi InsyaAllah..in my mind already have a picture of my house..macam-macam idea dalam kepala nak dekor rumah sendiri..Decor..decor..decor...ija stop it..sori..over react sedikit..
10. Menunaikan haji -perlu bagi yang berkemampuan..dan saya harap saya mampu tunaikannya semasa badan masih sihat...akal masih segar dan iman akan makin menebal..
itu impian yang masih ada sampai sekarang dan list yang telah dicapai telah diganti dengan impian yang baru...misalnya..
1. nak kumpul harta sehingga mencecah bumbung umah..haha..untuk hari tua..
2. Pergi melancong negara luar sebanyak mungkin terutama EUROPE dan Korea..Kenapa Korea? Terpengaruh dengan cerita Winter Sonata..tu la akibatnya kalau tengok CD ceritanya berkali-kali...
3. Bawa mak abah pergi Haji @ Umrah...Amin..
4. 100% guna barangan mesra alam..go green..sekarang tengah cuba praktiskan..dan jaga alam sekitar..reduce reuse n recycle..important!!!
5. Beli almari buku yang cantik dan susun all my books yang sedia ada dan akan datang....sekarang ni buku-buku aku semua bersepah-sepah..ada dalam kotak, ada dalam almari..agak-agaknya bawah almari pun ada..hahaha...
ok setakat tu saja impian saya..dan saya rasa akan bertambah lagi..@ digantikan bila saya dah berjya mencapainya..apa yang penting...usaha....hehe.. kepuasaan diri sendiri..teori maslow..remember?..=)
1 comment:
teori marshmallow tau la...
ekekkekeke
Post a Comment