Tuesday, March 09, 2010

Bagaimana mahu handle atau uruskan karenah manusia ditempat kerja?..Uish susah tu..nila soalan maut yang dilontarkan pada saya petang tadi tetapi saya tak dapat nak menyambut lontaran itu dengan jawapan yang bernas kerana otak tengah blank dengan kerja bertimbun-timbun..So apa yang boleh aku bagi hanyala muka blank..( **")..Tapi sekarang saya nak jawab dengan penuh yakin bagaimana caranye untuk handle manusia-manusia yang banyak peel nih kat tempat kerja..
Pertama: Ala senang jer..wat dek jer dengan dorang nih..lebih-lebih lagi yang kaki umpat tu kan..anggap jer yang korang nih popular..sebab tulah banyak gossip..haha..dorang jeles sebenarnya..
Kedua: Cara uruskan manusia kaki bodek yang kadang-kadang menyusahkan kerja anda?? Ha..korang bodek la si kaki bodek tu..dari segi psikologinya kaki bodek sangat suka sekiranya orang membodek dia dengan pujian..tapi kesian sebab tak ade orang nak bodek die..so bodek die..pastu korang lak bodek bos..haha..sure si kaki bodek akan sedar diri..
Ketiga: Rakan sekerja yang selalu buat salah lepas tu taknak betulkan kesilapan tu..yang style ni memang saye tak suka..tapi apa yang boleh korang buat adalah betulkan kesilapan die, lepas tu kalo die masih lagi buat silap..korang buat jer sendiri dan suruh dia pula betulkan silap yang anda buat..baru dia tau akhirnya..sedarkan diri dia yang kurang sedar tu secara senyap-senyap..huhuhu
Keempat: Kerja main-main dan banyak komplen itu ini..haa..yang nih memang aku anti..apa korang boleh buat komplen balik apa yang dikomplenkan oleh si dia...bab kerja macam nak tak nak tuh saya rase hadiahkan buku ESQ 165 untuk beliau..jika dirahmati Allah pasti akan terbuka pintu kesedaran untuk bekerja dengan baik kerana kita bekerja kerana amanah Allah SWT...
Kelima: Cantas-mencantas..Ini semua politik kerja..apa yang boleh buat bukanla dengan mencantas semula beliau..tetapi apa yang boleh anda lakukan adalah laksanakan kerja anda seadanya..InsyaAllah..hasil keberkatan kerja yang jujur pasti akan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda...
Itu semua adalah antara sifat-sifat yang wujud dikalangan orang ditempat kerja kita...Sukar sebenarnya nak wujudkan kasih sayang dalam alam pekerjaan kecuali jatuh cinta dengan rakan sekerja ..tu lainlah kan...tapi tu lah...jika kita dapat handle diri kita dengan baik secara outomatiknya kita dapat handle karenah-karenah mereka ini dari terus memakan diri kita..selamilah makna ayat ini walaupun aku macam tak percaya jer aku dapat menaip ayat sedemikian rupa..=0

Tuesday, March 02, 2010

Sejak zaman U lagi saya memiliki 10 impian yang saya ingin capai sebelum umur 30 tahun..dan selalunya impian ini akan bertambah bila impian yang tersenarai telah tercapai..cuma bezanya sekarang had umur untuk capai pun mengikut peredaran masa la kan..kira banyaklah juga impian saya dah berjaya dicapai hasil daripada usaha sendiri..Namun begitu saya masih memiliki impian yang masih belum dicapai sejak bertahun-tahun lamanya..Mari kita recap semula impian saya ini sejak 8 tahun lepas..apa yang saya capai dan masih belum capai...Uish..Fuhh ( mcm Awal Shaari jer bunyinyer)..Berdebar nak recap semula...
1. Graduate diploma dengan sekurang-kurangnya penah la dapat anugerah dekan walaupun 1 semester -hasilnya saya graduate diploma dengan 3 semester berturut-turut dapat anugerah dekan..=)
2. Masuk USM untuk buat degree ( terpengaruh tengok filem Ali Setan la ni) - hasilnya aku dapat masuk USM and futher my degree there..
3. Bila dah masuk USM, cita-cita saya adalah habiskan degree dalam tempoh dua tahun - setelah berani mati SEM 1 baru masuk saya dah amik subjek SEM 3 & 4 n Sem 2 berani mati lagi amik subjek minor berdouble2...dan keputusannya saya berjaya graduate dengan hanya 2 tahun berada di USM..ucapan terima kasih pada Prof Dr Ishak yang banyak tolong aku termasuk dapatkan sticker kereta..hahaha...Thanks Prof..
4. Dapatkan kerja - hasilnya 2 hari selepas konvo saya berjaya dapat pengalaman kerja sebagai tenaga pengajar dan sekarang ramai anak murid saya yang dah bekerja- tak percaya carilah mereka ini di Facebook..(= dan banyak pengalaman kerja lagi..dan sekarang saya bekerja dengan FELCRA..tapi kalau ada peluang lagi..apa salahnya bertukar arah dan pandangan..hehe
5. Beli kereta sendiri - dah dapatla walaupun taklah mahal..tak pe sekarang impian baru nak pakai kereta yang lagi canggih macam HONDA hybrid ke..hehe
6. Bagi duit kat mak dan beli hadiah kat dia pakai duit gaji sendiri - Alhamdullillah dapat dilaksanakan walaupun kadang-kadang terpaksa pinjam balik kat dia..=p
7. Sambung belajar lagi ke peringkat MASTER- yang ini masih tergendala..semua gara-gara kena transfer ke JB..frustrated..harap-harap by this year i can make it..
8. Berkahwin dan menjadi IBU - Fuhh..InsyaAllah akan termakbul dalam masa tak berapa nak dekat ni..dan Moga di kurniakan baby2 yang comel..harap-harap kembarla..hahaha..berangan..
9. Beli rumah - ni pun belum dapat lagi..memandangkan gaji pun ciput kan tapi InsyaAllah..in my mind already have a picture of my house..macam-macam idea dalam kepala nak dekor rumah sendiri..Decor..decor..decor...ija stop it..sori..over react sedikit..
10. Menunaikan haji -perlu bagi yang berkemampuan..dan saya harap saya mampu tunaikannya semasa badan masih sihat...akal masih segar dan iman akan makin menebal..
itu impian yang masih ada sampai sekarang dan list yang telah dicapai telah diganti dengan impian yang baru...misalnya..
1. nak kumpul harta sehingga mencecah bumbung umah..haha..untuk hari tua..
2. Pergi melancong negara luar sebanyak mungkin terutama EUROPE dan Korea..Kenapa Korea? Terpengaruh dengan cerita Winter Sonata..tu la akibatnya kalau tengok CD ceritanya berkali-kali...
3. Bawa mak abah pergi Haji @ Umrah...Amin..
4. 100% guna barangan mesra alam..go green..sekarang tengah cuba praktiskan..dan jaga alam sekitar..reduce reuse n recycle..important!!!
5. Beli almari buku yang cantik dan susun all my books yang sedia ada dan akan datang....sekarang ni buku-buku aku semua bersepah-sepah..ada dalam kotak, ada dalam almari..agak-agaknya bawah almari pun ada..hahaha...

ok setakat tu saja impian saya..dan saya rasa akan bertambah lagi..@ digantikan bila saya dah berjya mencapainya..apa yang penting...usaha....hehe.. kepuasaan diri sendiri..teori maslow..remember?..=)