Untuk pertama kalinya saya akan menulis blog ini dengan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya untuk meluahkan pendapat saya berkenaan penulisan di media sosial. Baru-baru ini kecoh berkenaan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa perbualan dan ramai yang mencemuh dan ada juga yang bersikap positif berkenaan hal ini. Saya akui sebagai salah seorang penulis blog, saya juga turut menggunakan bahasa Inggeris, Melayu dan terlalu banyak bahasa rojak. Rojak yang dimaksudkan bukan sahaja campuran perkataan Inggeris dan Melayu malah saya juga turut mengunakan dialek Cina, Tamil dan Urdu walaupun tidak mahir. Bagi saya bahasa hanyala salah satu cara untuk kita berkomunikasi. Manusia yang wujudkan peraturan bahasa seperti tatabahasa tetapi dalam perbualan seharian yang penting adalah kita selesa untuk berkomunikasi dan setiap perkataan yang disebut dapat difahami oleh orang yang berkomunikasidengan kita. Isu utama kenapa kita perlu merendahkan mereka yang ingin berkomunikasi dalam bahasa Inggeris,Melayu, Mandarin atau Tamil sekalipun?. Adakah bila Melayu bercakap dengan Melayu kita perlu menggunakan bahasa Melayu sahaja? Cina hanya boleh bercakap Mandarin, Kantonis dan sebagainya?Manakala India hanya boleh bercakap bahasa Tamil,Urdu dan beberapa lagi bahasa yang mereka ada. Saya pernah ke sebuah kedai jualan pakaian Punjabi dan Saree untuk mencari baju sempena sambutan hari deepavali di tadika anak saya, terdapat sepasang pasangan Cina berbangsa Cina memasuki kedai tersebut dan mereka bercakap dalam bahasa rojak iaitu Melayu dan Inggeris dengan pemilik kedai tersebut iaitu berbangsa India. Apalah status yang akan dinaikkan di Facebook sekiranya mereka yang anti Melayu cakap Inggeris bila berada dalam situasi seperti ini?. Adakah statusnya akan berbeza daripada status mencemuh cikgu Melayu yang mengajar bahasa Inggeris bercakap Inggeris?. Apa yang saya lihat, status berbaur kebencian seperti ini sebenarnya adalah salah satu virus yang akan menakutkan masyarakat untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan. Maksud saya, masyarakat akan teragak-agak untuk menggunakan bahasa lain dan ini akan menyekat kemahiran berbahasa kerana takut dengan cemuhan. Sepanjang dalam tempoh menyiapkan tulisan kajian saya dalam bahasa Inggeris, saya belajar memperbaiki penulisan saya supaya lebih baik dan saya melihat dengan penggunaan bahasa lain dalam perbualan dan penulisan meski hanya kemaskini status media sosial sebenarnya memberi kelebihan kepada masyarakat untuk meningkatkan kemahiran penggunaan bahasa kedua, ketiga atau keempat. Jangan cepat kecam orang kerana daripada satu jari menunding ke arah orang lain mungkin 10 jari yang lain akan menunding ke arah kita. Pembelajaran dan ilmu adalah proses sepanjang kehidupan kita.
Pendapat Rakyat Biasa, Bukan Pekerja Berprofail Tinggi
No comments:
Post a Comment