Wednesday, August 17, 2011

KONGSI EMAIL BAHAGIAN- 2

Sejak 2-3 menjak ni dapat banyak email yang banyak memberi pedoman dan kesedaran sempena bulan Ramadhan ni..jadi meh jadikan teladan dalam jalani hidup hari-hari...
10 AMALAN TERBALIK


10 Amalan Terbalik






Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-






1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?






2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.






3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.






4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.






5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.






6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?






7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.






8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.






9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.






10. Kita cukup teruja untuk meng’forward’ kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??….. Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.” (Riwayat Bukhari)Semoga dapat kita sama-sama fikir-fikirkan dan renung-renungkan, tergolongkah kita di dalam golongan yang terbalik ini?










Tuesday, August 09, 2011

TAK MAU.. TAK MAU...

Dedulu..masa kecik-kecik selalu guna ayat ni kat mak dan abah..bila mak suruh pi kedai..tak mau..bila abah suruh pi ngaji quran..tak mau...lagi eksyen bila mak suh basuh baju sekolah..pun cakap tak mau..pastu ambik ko..esok pagi nak sekolah, malam baju still lagi ada berendam dalam baldi..mula la gelabah..lastly kena juga basuh baju sendiri..hehe..tu cerita lama la...sekarang dah kawin..( nasib baik my baby belum pandai cakap tak mau..hopefully perangai ibu dia tak menurun ke daughter)..
Bila dah besar, makin matang dari segi mental..dalam hidup sometimes we need to say no, tak nak dan tak mau..
Contoh 1. bila salesmen datang nak jual produk yang entah apa-apa..say NO...tak mau...kerana kebanyakkannya hanya akan menjerat diri anda....

Contoh 2. bila orang suka jadikan anda tempat pinjaman tanpa lesen..huhuhu...dahla pinjam..pastu liat nak bayar..kadang-kadang sampai makan tahun..bahaya..say NO...tak nak..tak mau...

Contoh 3. bila kita bekerja dengan bos yang suka suruh kita buat itu ini dan kadang-kadang kerja tu tak de pun dalam deskripsi kerja..cuma we need to say No dalam diam..hehe..wat dek jer..biar dia bising..hehe..be silent mode jer bila dapat bos macam ni...

Contoh 3. bila eksiden keta..tapi ada towing car datang nak towing keta kita.padahal kerosakkan kereta tak derla sampai kereta tu kena towing..so say No la...jangan tertipu lor..huh..memang ingat sampai mati la..tobat tak ingin pakai towing service selagi I can drive my car...

Jadi..say No perlu dalam hidup..Say No to Smoking...hehe..

Wednesday, July 20, 2011

GILER KE APA ???

Selain giler..apa lagi yang boleh kita sebut untuk describe sesuatu yang awesome.. oh!! nape selama ni tak terfikir nak guna perkataan yang menggambarkan situasi yang sedang berlaku ketika itu???macam awesome, great, soo bad..erm tapi still jugak mulut ni gatal nak sebut giler...n sekarang dah berjangkit dengan ayat giler ke apa???erm apa yang lebih dari giler agaknye ye...???...napa cakap pasal hal giler menggilier ni..tapi memang giler bila tengok a few items yang bagi saya memang giler...

1st.. SALE....giler ke apa tak shopping masa karnival sale..mesti shopping lebih-lebih lagi bila kita memerlukan handbag baru...ish..ish..memang wajib..contohnya idaman hati seperti di bawah ini


dan kasut yang perlu diganti sebab dah 'haus' tapak kasut..kaki pun dah sakit-sakit...bau plak agak menyenakkan sebab dah tak de hati nak cuci...huhuhu....bila lagi nak beli kasut kalau bukan time sale jer...sebab time lain memang tak mampu...



2. Use Samsung Galaxy dan terus jatuh cinta..gila ke apa tak jatuh cinta????sekali guna pasti..dush..dush..cannot breath without it..huhuhu..lebih-lebih lagi dengan android yang memang akan jadi sahabat baik..hehehe...

3.Tak diet n cuba kuruskan badan...bila semua orang start tegur kita dah nampak makin tembam..yang makin menyiat-nyiat jantung hati and bleeding my ears a lot...dush..dush..memang kena kuruskan badan..jadi my mission to lost weight make me crazy.. giler ke apa tak terasa???...bukan saja untuk kesihatan tapi menyedihkan bila jeans dan banyak baju-baju dah sendat..so mulakan langkah diet ...fokus untuk lost gain...bersama bantuan bulan puasa yang hampir tiba..hehe..dan juga bantuan nesvita di waktu pagi...sedap tak terkira hinggakan nak bancuh berkali-kali..tapi kena tahan nafsu..1 peket untuk satu hari memang memberi energy..hehe..perut pun tak melalak-lalak minta di isi dengan nasi macam selalu walaupun baru pukul 10 pagi...isk.isk..


siap bawak pi office wat stock...hehehe.. dan juga mulakan new habit dengan drink a lot of water..plain water..sky juice guys..important...can burn a lot of calories..yes that's I like...





hehe...banyak lagi nih edisi cerita giler ke apa????hehe...

Wednesday, May 25, 2011

KONGSI EMAIL

Jom kita share email...

Hari ni saya dapat email yang menarik dari my fwens...nasihat/pesanan/pedoman buat penerima....

nah emailnye....moga kita sentiasa di bawah Nur Pelindung - NYA....Amin


DARIPADA Ibnu Abbas ra, katanya Rasulullah bersabda: “diperlihatkan Allah kepadaku akan neraka. Ketika itu kulihat kebanyakan isinya terdiri daripada perempuan kafir.” Baginda ditanya oleh seseorang : “Apakah mereka kafir kepada Allah?” Jawab Rasullullah, “Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak mahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan saja, lantas ia berkata: “Saya tidak pernah melihat kebaikan daripadamu sedikit pun!” (al-Bukhari)




• Seorang suami tidak boleh membenci isterinya sampai menceraikankannya hanya satu kelakuan isterinya yang tidak menyenangkan. Tetapi hendaklah dipertimbangkan dengan perilaku yang lain yang menyenangkan dari isterinya. Begitu juga keadaannya bagi seorang isteri terhadap suaminya.



• Tugas seorang isteri disamping harus taat kepada Allah SWT hendaklah taat kepada suaminya. Sekiranya kedua-dua tugas ia dapat dilaksanakan dengan baik, maka syurga baginya. Sabda Rasulullah: “jika seseorang perempuan solat lima waktu, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya pasti ia akan masuk syurga dari berbagai pintu yang dikehendakinya.” (Riwayat Ibnu Hibban)



• Rasulullah bersabda: “wanita yang taat kepada suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan di dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu berada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanya laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah Ta’ala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaannya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknat hingga ia pulang.” ( Riwayat Al- Bazzar)

HADIS

1. Tiga perkara yang mesti dijauhi. (hadis)

Telah bersabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: “Barangsiapa yang bangun di waktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya. Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia, bererti ia telah marah kepada Allah. Dn barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaannya maka telah hilang dua per tiga agamanya.”



2. Mencegah kemungkaran

“Barang siapa antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka handaklah ia mengubahnya dengan lidah. Jika sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan demikian itu ( iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemah iman.”(H.R Muslim)



3. Manusia sebagai pengembara

Daripada Ibn Umar r.a katanya: “Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda: “Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau di waktu pagi maka janganlah engkau meunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum dating waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum dating waktu sakit.



4. Sedekah dengan menolong manusia(hadis)

Daripada Abu Hurairah r.a: Bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong seseorang menaiki tunggangannya atau pun engkau mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangannya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah.”



5. Daripada Abu Hurairah r.a mengatakan, bahawa nabi s.a.w bersabda: “Ketika seseorang berjalan

ke suatu jalan, kemudian didapatinya sepotong duri di jalan itu, lalu dibuangnya, Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya.”



HADIS MUTHAHHARAH.

6. Daripada Sayidina Khalid bin Al-Walid Radiallaahu’anhu telah berkata: Telah datang seorang Arab desa kepada Rasulullah SAW dan dia telah menyatakan tujuannya: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai perkara yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat. Maka Baginda SAW telah berkata kepadanya. Tanyalah apa yang dikehendaki:





PERTANYAAN ORANG ARAB TERSEBUT:

1.Bagaimana sekiranya aku ingin menjadi orang yang alim?

Takutlah kepada Allah, maka engkau akan jadi orang yang alim.

2.Bagaimana sekiraya aku mahu menjadi orang yang paling kaya?

Jadilah orang yang yakin pada diri, maka engkau akan jadi orang yang paling kaya.

3.Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi orang yang adil?

Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri, maka jadilah engkau seadil-adil manusia.

4.Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi orang yang paling baik?

Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka, engkau akan jadi sebaik-baik manusia.

5.Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi seorang yang istimewa di sisi Allah?

Banyakkan zikrullah, nescaya engkau akan jadi orang yang istimewa di sisi Allah.

6.Bagaimana sekiranya aku mahu disempurnakan imanku?

Perelokkan akhlakmu, nescaya imanmu akan sempurna.

7.Bagaimana sekiranya aku mehu termasuk dalam golongan orang muhsinin(baik)?

Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak merasakan begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini, engkau akan termasuk dalam golongan muhsinin.

8.Bagaimana sekiranya aku mahu termasuk dalam dalam golongan yang taat?

Tunaikan segala kewajipan yang difardukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat.

9.Bagaimana sekiranya aku mahu berjumpa dengan Allah dalam keadaan bersih daripada dosa?

Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa.

10.Bagaimana sekiranya aku mahu dihimpunkan pada hari kiamat di bawah cahaya?

Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitungkan pada hari kiamat di bawah cahaya.

11.Bagaimana sekiranya aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat? Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihimu pada hari kiamat.

12.Bagaimana sekiranya aku mahu dihapuskan segala dosaku?

Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu.

13.Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi semulia-mulia manusia?

Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia.

14.Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi segagah-gagah manusia?

Sentiasa menyerah diri (tawakal)kepada Allah nescaya engkau akan menjadi segagah-gagah manusia.

15.Bagaimana sekiranya aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah?

Sentiasa berada dalam berkeadaan bersih (daripada hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu.

16.Bagaimana sekiranya aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.

Cintailah segala apa yang disukai Allah dan rasul-Nya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka.

17.Bagaimana sekiranya aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari kiamat?

Jangan marah kepada orang lain, nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasul-Nya.

18.Bagaimana sekiranya aku mahu diterima segala permohonanku? Jauilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterima-Nya.

19.Bagaimana sekiranya aku mahu agar Allah menutup segala keaibanku pada hari Kiamat?

Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari kiamat.

20.Siapakah yang terselamat daripada dosa?

Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendak-Nya dan mereka yang ditimpa kesakitan.

21.Apakah sebesar-besar kabaikan disisi Allah?

Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian(bala).

22.Apakah sebesar-besar kejahatan disisi Allah?

Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.

23.Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?

Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.

24.Apakah yang memadamkan api neraka pada hari kiamat?

Sabar di dunia dengan bala dan musibah.





7. Ziarah orang sakit

Nabi SAW bersabda: “Siapa yang mengunjungi orang yang sedang sakit, maka dia sentiasa berada dalam sebuah taman syurgapenuh dengan buah-buahan yang sedia dipetik sampai dia kembali.”-Riwayat Tirmidzi.

Rasulullah SAW bersabda; “berusahalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan berusahalah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.”-Sahih Muslim.



8. Sedekah.

Sabda Rasulullah SAW, “Maka adalah sedekah itu dalil atau bukti yang menunjukkan atas kebenaran keimanan kita.”

Monday, May 16, 2011

SAYA bosan...........

sangat bosan.................

sangatla bosan.................kenapala hari ni my feel so negative......

sekali lagi...saya bosan........

Thursday, May 05, 2011

DUNIA REALISTIK VS DUNIA PLASTIK

Dalam mencari-cari apa yang realistik apa yang plastik, saya tidak melengahkan masa mencari makna keduanya..
realistic : concern on fact and real things and blaa...blaa..(sila semak kamus anda)
plastic    : any of a group of synthetic and bla..bla.. (sila semak kamus anda)

Jadi saya tertanya-tanya....?????kena taip banyak sket tanda soal kerana memang benar dan ikhlas apa yang saya tulis dalam blog saya hanya berdasarkan apa yang berlaku disekeliling saya..dimana segala yang berlaku disedari oleh saya..atau apa yang saya fikirkan berkenaan sesuatu isu atau hal...maaf ye..saya tidak arif dalam menulis novel fiksyen atau hal yang sepertinya..mungkin kerana saya tidak kreatif untuk membuat cerita rekaan..jadi saya mohon maaf sekiranya saya tidak dapat memuaskan hati anda...

sekian terima kasih dari saya....(soalnya kenapa?????apa yang realistik dan plastiknyer???)

Tuesday, April 19, 2011

SAYA JEALOUS....

Cemburu or jealous ada dalam setiap sudut hati manusia..tipula kalau ada person yang cakap dia tak jeles..hello..semua orang mesti ada perasaan ini walau sekelumit...nama pun perasaan kan??????..dalam hati ada perasaan dan perasaan itu makanan jiwa...cuma bagaimana kita jadikan ia makanan yang memberi motivasi baik pada kita bukan menghancurkan diri kita...

Saya jealous bila....

Tengok orang lain bahagia..bukan sebab saya tidak bahagia tetapi saya tahu bahagia itu makanan jiwa...

Saya jealous bila....

Mak saya macam lebihkan adik beradik lain jer..walaupun sebenarnya mak saya tak pernah pun terfikir atau melakukan perkara sedemikian rupa...huhuhuhu...

Lagi jealous bila.....

Tengok orang lain lagi mewah daripada kita...ok..part nih memang nampak macam saya materialistik tapi tidak pernah ke anda berperasaan sebegini...lebih-lebih lagi bila tengok sorang kakak ni dah la cantik drive pulak BMW pastuh gelek anak kecik bersama beg guccinyer yang sangat cantik....sangat cemburu ok.....

Saya jealous bila...

Tengok makcik-makcik atau kakak-kakak yang dah beranak 4-5 tapi tetap mantain badan dengan saiz yang ideal...macam manala mereka berjaya mengawal nafsu makan dan exercise yer...???

Hebatnya JEALOUS saya...

tepat jam 12.33 pm ini saya sangat jealous dengan kawan saya kerana dia dapat bergambar dengan stephen rahman dan mms kat saya gambar tersebut......uwwaaaaa...jelesnyer aku..huh.....


ok..sape yang tak jealous??????