Tuesday, December 06, 2011

IBU..IBU...



My daughter!!!!!
Setiap hari mesti dok ajar rauhah sebut ibu tapi dia tau sebut ta..ta..ta..a..bah..ma..ma..tapi takde satupun dari bunyi-bunyian tu dengar IBU..*isk..isk* Bila la Rauhah nak panggil ibu ni?????...Rauhah dah nak masuk setahun..30/12 ni genapla setahun umur Rauhah..Ibu doakan semoga Rauhah membesar menjadi anak yang sihat, bijak, beriman dan solehah..Amin..

Friday, November 25, 2011

Cara Kerja Saya...

Diri ini bukanlah kategori dalam pekerja cemerlang bila KPI diumumkan, atau bila kenaikan bonus diwar-warkan..sejak hampir tiga tahun bergelumang dengan GLC ni, my prestasi berada tahap avarage sahaja..( malunya nak cakap)..bila dengar kengkawan yang lain ada yang dapat cemerlang selalunya diri ini akan pujuk hati sendiri..'takpelah, kerja baik-baik sudahla'..Mungkin terlalu awal untuk meraih markah cemerlang sebab kerja langsung tak sama macam kat sekolah..Jadi dengan sifat rendah diri =) diri ini redha sahaja walaupun pemahaman dalam penilaian KPI pun sebenarnya tak berapa faham jadi ikutkan sahaja lah..

Cara kerja I bukanlah super macam orang lain, tapi I amat jarang masuk campur atau jadi mak busy body nak ambil tahu hal kerja orang ataupun komen cara kerja orang atas sebab-sebab dimana saya juga tidak suka bila orang sibuk-sibuk dengan cara kerja saya. Tapi memang dah jadi lumrah hidup manusia jadi biarkan sahaja..

Cara kerja sebenarnya bergantung kepada individu bagaimana untuk dirinya menguruskan kerja yang telah ditugaskan..Tapi apa yang penting kerja itu hendaklah siap pada masanya dan baik untuk dinilaikan..

Bila bekerja apa yang menjadi keperluan utama..Tentulah sebuah diari atau buku nota untuk mencatit segalanya bermula dari A-Z ...



Macam-macam yang dicatatkan dan macam-macam nota yang di tampal..Kalau orang tengok buat malu je..Tapi ini cara saya..sejak belajar lagi memang suka buat nota tampal-tampal..Tak kisahla yang penting cara kita memudahkan kita..Betul tak??????

Hehe..Bye..

Thursday, November 24, 2011

SENARAI AZAM 2011

Menjelang Tahun 2011 (flashback that moment), dengan automatiknya senarai azam terus di-list-kan.
1) LOST WEIGHT
2) Buy more handbag
3) Pampered myself
4) Cook more
5) Add savings
6) Control my bad habit - yelling. shopaholic.over sleep.
7) Futher study

Dalam senarai 7 yang telah di-list-kan sebagai azam tahun ini yang telah dilaksanakan hanyalah..

Cook more =(..*shrink myself* Sejak dah ada anak memang memasak adalah agenda utama. Apa taknya, tiap-tiap pagi memang wajib masak bubur untuk Rauhah sejak dia dah boleh makan bubur dan etc..hehe

Handbag pun dah banyak dibeli.Sampaikan dok bergantung buat serabut bilik je.. Tapi tu pun tak sedar diri still ada nafsu nak beli lagi.

Apala bahana sehinggakan 5 yang lain masih tak dapat digapai walaupun tahun 2011 dah nak habis dah..Pampered myself pun tak dapat nak buat 100%..Inikan pula nak sambung belajar???Add savings ( camnelah ko nak tambah simpanan kalau kerja ko mengabihkan je duit gaji yang dapat??) dan secara automatik nak buang sikap buruk yang suka membeli tu takkan hilang. The most important thing LOST WEIGHT!!!!!!!!!!!!!..Aiyoyoyo..memang diet yoyo..sebulan diet, exercise = turun 5 kilo pastuh naik balik..terus bam..bam..pastu dah malas..bila orang tegur cakap nampak makin tembam..mulala sakit hati..pastu tidur..dan keputusannya naik lagi 5 kilo..

Kenapa??????

jawapan sebenar adalah terletak pada diri sendiri..bukan salah Rauhah..(skit-skit wat alasan jaga rauhah penat, beli baju untuk rauhah, beli barang rauhah pastu selit barang untuk ibunya sekali..hehe)..bukan salah suami ( skit-skit wat alasan kena masak untuk suami, dah masak mesti kena makan, dah makan apalagi gemukla) bukan salah kerja( kerja banyak, bertimbun, malas nak jalan, takde masa nak pi  kuliah lagi)

Diri Sendiri.. Apa yang susah sangat ko ni???
Diri sendiri jawab..Sebab takde kesungguhan..
Jadi ...pegi jerla isi online nak masuk U..dari ko ngadap pc, pastu waktu lapang layan facebook baik ko usha U mana bleh ko apply..
Dari ko dok makan, malas exercise..baik ko rajinkan diri...jaga makan..jangan melantak ikut suka ahati je..
dari ko abiskan duit..baik ko simpan dalam ASB
Dari ko dok tidur baik ko jaga diri...

Terima kasih diri sendiri..saya akan bersungguh selepas ini...(tamat kisah yelling..pasni tak mau jerit-jerit lagi)

p/s: skang dah list-kan Azam 2012..bolew gitewww???????

Wednesday, November 09, 2011

Masa Bosan

Bila rasa bosan apa yang aku buat?? Mula la buat kerja budak-budak, start search engine taip macam-macam kat google..Hari ini entah mengapa secara tiba-tiba terlintas di fikiran untuk taip good ideas dan terjumpala video ni yang awesome!!! ( bunyi Barney macam dalam How I Meet Your Mother)





AWESOME!!!!!

Tuesday, October 18, 2011

BUANG SIKAP MALAS

Bagaimana nak buang sikap malas?? Kenapa malas itu ada??Apakah punca yang menyebabkan sikap malas itu wujud??..Malasnya nak fikir..Dulu kalau cakap macam ni mesti akan ada seorang umat Islam yang dekat dihati akan balas balik..Aikk??Fikir pun malas???..Tapi itulah realitinya.. Jadi bila otak makin malas, secara automatik fizikal akan malas, emosi akan jadi malas dan ini meninggalkan kesan buruk dalam hidup dan akan memakan diri lama-kelamaan dan boleh menyebabkan tekanan, kegemukan, kemurungan dan sekiranya terus malas mungkin akan jadi penyebab yang lebih teruk...Untuk tidak memalaskan diri antara tipnya adalah membaca..
1) Bacalah Al-Quran..sesungguhnya melalui bacaan Al-Quran akan menghilangkan segala jenis penyakit..terutama penyakit MALAS..
2) Bacalah buku..buku cerita, buku ilmiah, buku MPOB..hehe..dan saya telah menemui buku yang baik bulan ini...
3) Bacalah surat khabar..baca..penting..news penting..IMPORTANT...
4) Bacalah majalah..majalah kesihatan atau apa jenis majalah yang boleh memberi anda inspirasi dan dalam masa yang sama akan membuang sikap malas..

Bila minda berfungsi dengan baik, fizikal turut baik...

p/s: sekarang sedang membaca buat kali ke-3 kali ~The Monk Who Sold His Ferrari~

Wednesday, September 21, 2011

MOOD DECO-DECO...
Perasaan serabut selalu ada bila pagi-pagi masuk ofis tengok meja sendiri yang tak berapa nak indah mata memandang..dan tika waktu itu juga pasangla niat nak deco my desk..cuma tak tahu atau sebenarnya tak ada idea pun nak deco dan kemas macam mana..=(..Jadi kita mulakan search image kat internet..memang langsung tak kreatif nak fikir sendiri jadi kita mulakan langkah dengan cedok dan ubahsuai je deco orang..hehe...alangkah indahnya jika ruang pejabat aku sebenarnya seperti ini..
Wake up..wake up..memang rasanya impian takkan jadi kenyataan..huhuhu..dengan jawatan macam ni dan hasil kerja yang setakat suam-suam kuku..jadi lebih baik menjenguk-jenguk hiasan yang lebih rasional dengan ruang yang sekangkang kera...so..dah merangka-rangka dalam otak ini....untuk buat list penambahan kepada kekemasan dan deco-deco sesuai dengan keluasan meja dan luas keseluruhan yang cukup-cukup ni...

1) hiasan aksesori
2) alas meja ala pua kumbu entah apa orang panggil..
3)bunga-bungaan..
4)kotak-kotak yang sesuai supaya boleh sumbat barang-barang junk yang menyemak kepala...

Ok..so sekarang wat bajet..then usha barang..and to be continue...


Monday, August 22, 2011

HARI RAYA...

Checklist Hari Raya Saya :

  • Baju Raya Baby, Ibu n Abah       (almost done)
  • Kuih Raya                                   (almost done)
  • Packing Balik Raya                      (x buat pe2 pun lagi)
  • Langsir Raya                                (done)
  • Duit Raya                                     (erm..nih payah sket..cz xdapat bonus..hukhukhuk..)
SELAMAT HARI RAYA!!!!!!!!!!!