Sunday, June 22, 2014

RAID NAWFAL 1



SELAMAT HARI LAHIR RAID.......


MOGA RAID MEMBESAR MENJADI ANAK YANG SOLEH, SIHAT, DAN DIBERKATI REZEKI YANG BERKAT..AMIN..

BAK KATA KAKAK RAUHAH "IYE..IYE KAN RAID??"...HEHE

Monday, March 17, 2014

Cinta Hati


Dia sebenarnya adalah pemampan aku yang paling kuasa....
Dia penyokong di saat aku hampir rebah...
Dia buatkan aku mengalah walaupun hati perit...
Dia jadikan kalah bagaikan menang...
Dia kuatkan aku walaupun aku sudah tiada hala...
Dia sentiasa ada di sisi aku bila rasa sudah hilang..
Dia tahu rasa penat dan letih aku akan hilang dengan adanya dia..
Dia turut akan menangis bila aku menangis..esak dia menangis kadang-kadang lebih kuat dari aku..
Dia tahu bila aku sedih..dia akan senyap dan biarkan aku menangis...
Bila tiada tangisan lagi dia akan cakap " Ibu tak nangis kan?.. Rauhah tak nangis"...
Sedangkan kesan air mata dia lebih banyak dari Ibu.....
Ya Allah SWT sesungguhnya aku bersyukur padaMU kurniakan aku teman hidup ini..Budak kecil yang berjiwa besar disamping aku..
Dia pendengar setia walaupun dalam umur yang masih muda dia tak faham kenapa ibu dia menangis...
Dia akan duduk sebelah tunggu sehingga aku habis menangis..
Sesungguhnya dia setia dengan ibunya...lebih setia berbanding yang lain...
Dia hiburkan hati aku dengan kaletah dia yang becok...
Dia seperti tahu ibu dia sudah kehilangan rasa....
Dia seperti tahu hanya dia yang mampu mengembalikan rasa...
Ibu sayang Rauhah.....
Ya Allah SWT tabahkan hati aku harung semua ini demi Rauhah dan Raid....
~airmata ibu jatuh lagi~

Cotton Fluff Japan - Online Shop Facebook Yang Wajib Diintai

Assalamualaikum...

Masa aku taip pasal online shop ni cuaca hujan lebat kat area Jb ni...sejuk  sangat dan membayangkan suasana di Jepun tika ini sementelah adik bongsu ku pun sekarang tengah berada disana dan hati sangat sakit melihat gambar-gambar dia kat sana....

Online shop ni ade kat Facebook dimana korang boleh search je Cotton Fluff Japan atau IG dia ayeen2..
Budak aiyeen ni duduk kat Jepun dah lama dah..dah kahwin dan ada anak..so yang bujang memang takleh nak ngorat la kan..manala tau kunun ada hati nak mengorat minah duduk kat Jepun nun...

Aku tau pasal dia melalui BFF aku..tak silap aku aiyeen ni junior sekolah dia..
Aiyeen ni jual barang-barang dari Jepun..baca betul-betul ye..barang dari Jepun...
Aku dah view facebook dia berkali-kali sebab aku nak cari birthday present + anniversary present untuk laki aku...memang hati jatuh cinta..sebab dia akan cari barang melalui permintaan korang dan ada juga yang dia offer untuk korang..

Kebanyakkan yang dia jual tentunya banyak barang perempuan..Haha.. Contoh SK II..hello aku ulangi SK II giler murah kot aiyeen offer kat korang..Ni ha tengok BFF aku beli SK II yang ratus - ratus tuh dengan harga paling jimat...terus dari Jepun untuk korang ok....


So sape la yang taknak kan???direct from Jepun.....

Macam-macam barang korang leh request tapi make sure jadi beli..nanti penat si Aiyeen ni usha untuk korang je kan....kalau korang berminat leh la contact by PM si Aiyeen ni di FB atau pun IG dia...ada yang beli set SK II untuk bini dia..how so sweet..ada yang beli T-shirt Uniqlo yang memang murah giler..so dah murah memang boleh terus borong bayak-banyak..dipersilakan...



T-Shirt Hard Rock yang aku request..untungla sape yang dapat pakai nih..hew...hew..sebenarnya aku dah start terfikir tak nak bagi wat hadiah..biar aku je yang pakai..hew..hew..






Monday, March 03, 2014

Sesi Bertemu Supervisor Part 1

Pukul 8.30 pagi cabut kejap dari ofis untuk jumpa Dr yang cute miut..Hehee.. Drive laju giler..
Sampai kat Fakulti yang baru ni sebenarnya buat aku pening..sebab bangunan canggih berkeluk-keluk..penat cari bilik Dr...
Masuk bilik Dr..Mak aih impress giler dengan bilik dia yang tersangatla cantik..nice decor siap ade karpet n bantal yang comel..dengan susun atur yang giler sweet macam tuan badan juga sweet...
Discussion tak seberapa..mata aku dok melilau tengok souvenier macam-macam negara kat white board dia je..Haha..

Balik ofis..tengok bilik sendiri..erk..terus aku dok bercerita kat kak Jaz pasal bilik Dr yang cute..dan terus la..la tu juga pasang angan-angan nak deco bilik aku..haha..beranganla kau..kak Jaz lak suka melayan angan-angan rapu aku ni..hahaha...

Remember ya..

Proposal kena submit sebelum week 15 -  4 May 2014 nak defends....

Adeh...

Aku: Harap Dr bersabar dengan saya ye..Saya target nak graduate this year..
Dr: Saya percaya awak boleh buat..Saya ok je..
Aku: *sigh...(boleh ke?).......



Buku Note Bank Muamalat..hasil selongkar 5S..ex-boss aku..die dah pencen..amik Master kat UTM jugak..hehe..masa amik buku note nih..dengan harapan tempias tuah dia kat aku..boleh gitu??hehe.
Bila balik tengok apa yang aku catit.."Ish..napela aku tak catit sungguh-sungguh apa yang Dr cakap...adeh.."

Monday, February 17, 2014

Ibu Sempurna

Sempurna bagi aku maknanya tiada cela.. Untuk jadi ibu sempurna bila dah pegang title sebagai seorang ibu adalah mustahil bagi aku. Semasa sedang menaip ni aku sedang berfikir bagaimana reaksi Rauhah dan Raid bila membaca apa yang ibu sedang rapukan ini..
Sepanjang bergelar ibu kepada dua orang anak tika ini..aku biasa dengar komen-komen atau mungkin nasihat dari mereka yang kononnya lebih pro dalam menjaga anak-anak yang kadang-kadang membuatkan aku rasa down dan cuba untuk buat seperti yang dinasihatkan tetapi selalunya berakhir dengan kecewa and very frustrated sebab penerimaan anak kita tak seperti yang diinginkan. 
Bila tak dapatkan susu kan anak secara eksklusif dikatakan kita tidak berusaha dan akan keluarlah perkataan susu ibu adalah susu yang terbaik..kenapa eyh tak boleh breastfeed??? tak pump ke??? La kenapa tak menyusu sampai umur 2 tahun??
Bila kita cuba mengajar anak dengan beri bubur di kala umur 6 bulan..keluarla statement..tak bagus untuk sistem kumuh anak..cubala buat puree buah-buahan/sayuran dulu.. Tapi bila kita bercerita bagi anak nestum..keluar pula komen..tak elok bagi nestum..lagi bagus kita masakkan bubur untuk anak kita..biar dia makan masakan tangan maknye..
Bila anak tak pakai stoking dan sarung tangan keluar pula statement ..Ish kena pakai stoking ni..nanti masuk angin..
Bila anak kurus...Kenapa kurus sangat ni??Tak bagi makan benda berkhasiat la ni..
Anak tidur buaian salah..anak hisap pacifier boleh buatkan gigi jonggang..macam-macam komen membunuh hati seorang ibu yang pernah aku dengar.. Masa Rauhah kecil dulu aku banyak dengar komen-komen membunuh hati macam ni lebih-lebih lagi dengan perasaan bersalah kerana tak dapat nak susukan dia. Tahap klimaksnya bila Rauhah umur 1 tahun masih belum dapat berjalan dan aku makin stress dengan komen-komen orang sekeliling bercerita mengenai mengajar anak mereka berjalan dengan cepatnya..Akhirnya aku sedar..perkembangan fizikal, psikologi dan mental kanak-kanak bukannya sama..Aku ambil keputusan pekak kan telinga dan mencari sumber yang betul..Aku siap pernah bertanya nurse sister di klinik kesihatan dan dia hanya bagi jawapan selamba.."Buat apa nak risau dia jalan lambat,cakap lambat atau menulis lambat..Yang penting dia sihat, membesar dengan akhlak yang baik dan beragama"
Bila Raid lahir..aku sudah pekakkan telinga..aku berusaha untuk susukan Raid dengan target yang rendah tetapi aku berjaya susukan juga dia sehingga umur 6 bulan walaupun telah campur dengan susu formula..
Setiap ibu mempunyai pengalaman berbeza dan masalah berbeza..Setiap ibu itu sebenarnya mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka..Bersyukurla dengan anak-anak yang dapat berjalan,bercakap, membaca, menulis dengan cepatnya..Bukan dengan membandingkan mereka dengan anak-anak orang lain...
Masalah anak kami yang masih pakai drypers walaupun dah berumur 4 tahun bukan bahan untuk dibincangkan...sebab bagi kami ini bukan masalah...
Anak-anak kami belum pergi ke tadika di kala umur 3 hingga 4 tahun juga bukan bahan untuk dipertikaikan...
Bagi aku cukuplah anak-anak membesar sihat, penuh dengan kasih sayang, berakhlak baik, berfikiran positif  dan beragama kerana aku tahu akan sampai masanya bila masanya untuk mereka.Macam sekarang Rauhah bila dah pandai cakap hah amik kau..cakap tak henti dan ibu pun kadang-kadang makan hati dengan mulut laser dia..hehehe...So yang penting dengan umur mereka sekarang biarla Rauhah dan Raid teroka hidup dunia kanak-kanak mereka..Sekurang-kurangnya ada cerita lawak yang nak diceritakan dan gelakkan nanti bila dorang dah besar macam cerita aku masa kecil cakap pelat sampai sekarang mak aku dan adik beradik lain gelakkan..dan setiap adik beradik aku ada cerita tentang ketidaksempurnaan dorang masa kecil..Bosanla pulak hidupkan kalau semua cerita bagus-bagus je...takde bahan gelak gurau senda nanti...


Monday, December 30, 2013

Rauhah







HAPPY BIRTHDAY
RAUHAH NAQIYA MOHD RATFI

MOGA MEMBESAR SIHAT
MOGA MEMBESAR IMAN
MOGA MEMBESAR ILMIAH

Monday, October 28, 2013

Loner ???

Mesti ada di mana-mana seorang atau dua atau lebih dalam sebuah syarikat, organisasi, unit atau bahagian spesis loner atau jenis kurang bersosial dengan kawan-kawan pejabat dia yang lain..betul tak?? cuba perhati dan amati...My BFF aku label aku ni jenis loner di ofis aku ni..Jenis hidup sendiri dalam bilik ofis dan buat kerja je tau sampai tak kisah apa nak jadi..Aku tak pasti la kan..tapi bila diamati mungkin 98% betul apa yang dicakapkan oleh sahabat dunia akhirat aku ni...2% lagi aku abiskan masa kat pantry makan ngan acik2 dan di surau..ekekeke..kiranye bersosial la jugak...

Kenapa ada spesis loner???

Spesis loner atau lone ranger ni selalunya memiliki sikap pasif dan bukan jenis teruja dengan manusia yang bukan rapat dengan dia..Kadang-kadang loner-loner ini sebenarnya memiliki personaliti yang berbeza bila kaki dorang jejak je keluar dari bangunan kerja. Mereka ini membawa personaliti loner hanya bila di alam persekitaran kerja kerana apa???

Berdasarkan kajian kecil aku pada manusia jenis ini kerana mereka mual dengan karenah politik kerja yang entah apa-apa dan lebih suka ambil langkah tidak mahu joint mana-mana pihak / team. Politik kerja dari sekecil jawatan sehingga lah sebesar-besar jawatan yang  memang memualkan..So bila loner ambil keputusan tak nak joint group or certain team secara automatik dorang disingkirkan dalam arena politik kerja atau pejabat yang kejam..Sebenarnya kemenangan berpihak kepada loner, kerana loner tak perlu berusaha nak pertahankan kedudukan nak jadi glemer, tak payah pening rasa resah nak tunjuk "kebaikan" dan pastikan ramai orang suka..Yesza..puak loner Win and Happy...Puak loner memilih untuk bahagia dan happy di tempat kerja tanpa momokan negatif macam ni...

Jauhkan diri dari manusia yang suka bergosip mengata hal orang sampaikan mual dan jadi mangsa tikam ko abis-abisan..Yang ni memang motif kenapa aku tak minat nak bersosial..Pengalaman dah pernah kena, pernah rapat dengan rapat adalah perkara yang berbeza..Hanya kerana pernah rapat tak bermakna apa yang keluar dari mulut si polan tu betul dan rasanya pernah dan kini perkara berbeza kerana kini tak pernah aku share dengan orang yang pernah rapat dulu dan rasenya takde pulak aku share segala hal masa pernah rapat dulu...So taknak pisang berbuah berkali-kali walaupun aku suka cokodok pisang...baik abaikan sahaja kegiatan sosial tak sihat ni...

Perasan tak selalunya loner adalah mangsa gosip golongan yang lain..Dari segi pengalaman aku dulu, ada seorang minah ni, dia cantik menarik ada rupa tapi selalu jadi mangsa yang lain..Motif?? Tak tahu..Jeles??Tak senang tengok orang senang???Loner selalunya ada kelebihan personaliti karekter yang berbeza, ada imej tersendiri dan pemikiran sendiri..Ada yang mengambil keputusan untuk menjadi loner kerana memang langsung tak boleh blah dengan pemikiran totok rakan sepejabat yang lain..Yerla..kalau keluar cakap pendapat yang berbeza sikit je dah kena hentam negatif macam mereka saja yang betul..baik diam terus..susah nak berdiskusi pandai dengan puak-puak macam ni...Loner ni sebenarnya macam artis aku tengok..ada yang suka ada yang haters...Tapi jarang jumpa loner berjiwa haters..datang mana nak jadi haters kalau kawan-kawan nak bergosip pun takdak..haha..bagus loner...

Bukan semua orang akan suka kita, dan kita pun tak boleh nak suka semua orang....Bestnya jadi loner walaupun tak suka orang..tak payah nak mengumpat nak mengata sebab teman seperjuangan mengata orang tiada di pejabat..jadi selamat dari dosa...

Loner di pejabat bukan bermakna di luar mereka tiada teman dan keluarga..Loner dipejabat kerana tidak mahu dipengaruhi dengan skandal..Jeng..jeng...ni memang banyak terjadi..dengar cerita kawan aku pasal skandal kat jabatan dia, baikla hindari walaupun tiada niat..Hindari dari fitnah....Rasanya family type person lebih ramai dikalangan loner..Mereka lebih bersifat kekeluargaan..Baik balik rumah sediakan makan pakai dan luangkan masa ngan anak-anak, mak bapak, suami, isteri, kucing-kucing dirumah....

Sebenarnya ramai kat mana-mana pejabat yang pilih untuk jadi loner..Loner kat pejabat tak bermakna kat luar pun dia loner..Loner pun ada BFF..Loner pun ada family..so maafkanlah Loner..