Thursday, December 27, 2012

Changes Life!!!

Wa..wa..Tajuk entry macam gempak jer kan??? Hehe..My life gonna be change because my family gonna be bigger..My little baby sedang membesar right now in my womb..*sambil usap-usap perut*..Tak sabar rasenye wait for 26 weeks to see my little n Rauhah plak never show her excited face *huhuhu* Apa yang dia tau..kiss baby..sayang baby..*cium perut ibu*...

So many plans for coming year..2013....

1. Buy House.....We are in process to make it happen and harap Allah SWT mudahkan segala urusan kami...
2. Decorate home bila dah settle beli rumah...
3. Sambut ahli baru dalam keluarga kecil kami...
4. Save fund plan need to be increase this year because banyak dah habis buat beli rumah..
5. And For the Beginning of 2013.............Ubah layout my blog..hehe..so many ideas..so many colours in my mind..Cis..macam pro sangat jer.....



STAY TUNED!!!!!!!!!!!!!!

p/s: 1st step I use big font..hehe

Wednesday, September 19, 2012

Jangan Tertipu Dengan Tambang Murah AA

Sebelum berangkat ke Bandung, Indonesia,memang kat dalam kotak fikiran nak update blog dengan moment-moment gembira masa kat sana tapi for the first entry aku nak tak kira nak cerita jugak pasal tragedi September yang berlaku kat gerombolan kitaorang ni akibat daripada bad services AA dengan penggunaan bahasa yang paling sopan..

Kegembiraan masa beratur excited nak pi Bandung sikit bertukar jadi nak marah bila terpaksa beratur lama kat kaunter excess luggage yang aku rasa perkhidmatan paling buruk yang disediakan oleh AA. Hampir lebih sejam kami beratur padahal hanya selang 2 couple mat salleh je sebelum kami sampai kat kaunter, bila turn kami tiba pekerja AA boleh cakap dengan muka selamba kaunter dah tutup sebab dah lambat dan suruh kami ke kaunter 68. Cuba bayangkan dengan lebih sejam tunggu beratur, dengan muka selamba minah ni boleh cakap kaunter dah closed. Dahla buat kerja langsung tak cekap dan  yang berbulunya masa dia layan 2 orang customer sebelum kitaorang dengan terhegeh-hegeh and siap flirting lagi pastu bila sampai turn kitaorang dah closed kaunter.

So tanpa lengahkan masa, sebab dah habis banyak bazirkan masa kat kaunter excess luggage 38 kitaorang terus lari ke kaunter 68. Bila sampai kat sana the guy customer service boleh salahkan kitaorang sebab lambat. Dia cakap kaunter dah dibuka jam 3 pagi..dan customer should beratur 4jam sebelum kat kaunter excess luggage.. So, daripada apa yang keluar kat mulut that guy kita dah boleh tahu memang services AA memang paling lambat dalam dunia..Boleh bayangkan tak korang kena beratur 4 jam sebelum berlepas kat kaunter excess luggage..That guy siap dengan muka selamba cakap " Beli jer tiket lain".. Pastu siap bagi option amik flight petang atau malam. Cheewah senang je cakap...Dok bertekak saja dah kat 10 minit, guy customer service tu cakap try check in, tengok kalau boleh masuk ke tak lagi. Kami pun berlari-lari dah macam program Amazing Race ke tempat check in, customer service kat situ cakap plane belum berlepas dan boleh check in..so dengan kata sepakat kami tinggalkan 2 hero untuk bawak our luggage with the next flight..Namun malangnya bila kami sampai kat gate pass, pintu dah tutup dan kami tak lepas jugak nak naik plane. Memang macam-macam perkataan dah keluar dari mulut kami..

Apa yang menariknya dan faktanya :
6 orang daripada ahli rombongan kami dapat naik plane dan hampir separuh daripada kerusi tempat duduk dalam plane AA kosong.Siap ada bukti bergambar..nanti aku nak mintak En. Mus upload kat FB..

Bila kami ke Imigresen (kena bagi pasport untuk rekod sebab missed flight) Pegawai Imigresen cakap dah 40 orang mengalami kejadian yang sama pagi tu..Jadi adakah ini taktik AA sebenarnya untuk kaut keuntungan lebih????

Flight sebenarnya delay, dan pukul 7.35 pagi baru terbang..So kalaulah benar AA itu utamakan penumpang dengan lebih 50 orang missed flight aku rasa, patutnya kitaorang dan yang tertinggal kapal yang lain tu boleh je naik sebab pukul 7.00pg kami berada di pintu gate dan memandangkan pukul 7.35 pagi baru terbang rasanya sempat je kalau excess je luggage kami tu sebelum jam 6.30 pagi tadi. Bukan salah kami yang lambat beratur tapi servis AA yang lembab..Nak excess 1 bag pun kat 15 minit..

Kami beli tiket flight dengan diskaun tapi takderla dapat diskaun dengan erti kata sebenar sebab tiket balik kami turut dicharge penalti yang aku rasa sangat tak logik sebab missed flight tiket pagi tadi dan beli tiket baru kenapa nak kena charge juga tiket balik?..Memang yang ini AA kena jawab..Secara terangan memang AA mencekik darah...Hampir 13 K kami kena bayar.. Jadi tahniah AA staff  atas perkhidmatan korang ,bonus korang mesti masyuk tahun ni..sebab sure beratus lagi customer kena macam mana kami kena..

Aku terjumpa juga dengan beberapa orang yang sama missed flight dan dorang cakap dorang sampai jam 3 pagi dan masa tuh kaunter excess luggage ke Bandung belum buka..Jadi kepada customer service kaunter 68, sila renungkan apa yang kau cakap..

Staff AA memang cakap pusing-pusing, kejap lain, kejap lain..So jangan percaya sangat..buktinya masa kami beratur nak excess luggage kali kedua, ada sorang minah nih kesian dia terpaksa patah balik ke kaunter excess sebab tak boleh bawak masuk barang dia kat check in gate sedangkan staff AA kat kaunter excess cakap boleh carry je barang tuh..Jadi faham-faham jerla..

Pengajaran:

1) Tak payah naik AA kalau ada option lain...naik je MAS takpun syarikat penerbangan yang lain kalau ada..Jadikan AA pilihan terakhir..
2) Kalau dah terpaksa, pastikan korang beratur siap kat kaunter excess luggage tu 4 jam sebelum..berkhemah pun tak pe..sebab pastinya bila sampai turn korang nak excess luggage 1 beg saje dah 15 minit kalau 10 beg dah sejam dan itulah yang terjadi kat kami...Beratur sampai dah nak patah kaki...
3) Tak payah bawa beg besar sebab servis dia memang lambat dan paling teruk dalam dunia nih..Bawak je beg galas, beli je baju kat destinasi yang korang pergi sebab caj extra weight gila mahal...Korang pun takde masalah nak kena beratur lama-lama.









Monday, September 10, 2012

Raya..Raya 2012

Lamanya Ibu Hohah tak update Blog sebab concentrate beribadah puasa dan beraya..hehe..Dengan hanya berjaya kurangkan berat badan 5kg sepanjang bulan puasa dan naik semula tak sampai 5 hari raya..hehe..Gambar kenangan masa raya....

Rauhah excited main tangga kat umah moyang

Keluarga Kami

Aik mana pi budak capang???hehe..kena tukar turn sebab xde jurugambar pro..



Kumpulan Merah
Kumpulan Kuning (macam wall umah Acik Ziah)...



Friday, July 20, 2012

Puasa Bersama Si Kecik

Tahun ni tahun kedua puasa dengan budak kecik si Hohah yang dah masuk 1 tahun 7 bulan tu..Jadi sebagai persediaan awal sebab abah si Hohah hanya balik hujung minggu je sebab kerja jauhla sangat..Persiapan rapi kena dibuat sebab jangan harapla aku dapat pi Bazar Ramadhan sebab tak larat nak dukung budak kecik pusing keliling...

1. Penuhkan freeze dengan segala macam stok makanan
2. Senarai Menu Sahur dan Berbuka sebab kena masak
3. Tabahkan hati, Kuatkan Iman....

Selamat Berpuasa Semua..Mohon Maaf atas Segala Kesilapan dan Moga Ramadhan Tahun ini Di Berkati Allah SWT..Amin..

Friday, June 22, 2012

My Frens

Ada yang menegur kenapa tak rapat sangat dengan rakan sekerja?..Rapat macam mana tu?..hehe..Sebenarnya memang diakui memang tak berapa rapat dengan orang-orang ditempat kerja tapi takdelah sampai langsung tak tegur sapa..berborak dan bercerita ada..tapi kandungan perbualan bukanlah berunsur peribadi dan tiada exposure or close up story..Jadi belajar dari pengalaman, bukan senang nak cari kawan kerja yang betul ikhlas,kebanyakkan cakap depan belakang lain tu belum tepi kiri kanan.. jadi biarlah rakan sekerja jadi rakan sekerja..Tapi aku ada beberapa kawan kat tempat kerja yang boleh get along dengan aku cuma dorang tak duduk setempat ngan aku..

1. Kak Hani : kenal dia masa 1st day kerja and sampai sekarang keep n touch dia..Kalau ada meeting kat HQ, dia adalah orang yang dicari..bukan satu department dan bukan dalam bidang yang sama..hehe..sempoi je dan satu lagi sebab dengan dia aku leh cakap menda tongong..

2. Bukhari : Ni dok jauh kat Sabah tapi title cam aku dan kitaorang pun memang sama batch..kalau nak ngutuk orang dan lepaskan marah dekat sesape yang terlibat dengan kerja kitaorang memang dia tempatnya..cakap benda-benda tongong pun layan..

3. Fandi : Dia ni cam mengong tapi good employee..cuma sometimes biasalah dalam politik kerja, kerja keras saja tak cukup kena pandai 'sesuaikan' diri ye..Selalu cakap benda merapu-rapu sampai kekadang aku pun tak tau apa yang merapu tuh..

4.Kak Dayang : Dia nih my senior, kuat kerja..Ada je sms, email pasal kerja..Kalau dia cuti/kursus/meeting , hari kitaorang tenang giler..Dengan dia pun aku leh get along sebab dengan dia aku leh outspoken jadi takderla cerita belakang tepi kiri kanan..dan aku pun memang tanya je apa yang aku tak tau or tak faham..Senior kan mesti tau lebih...Hihihi..

5.Kumpulan Akak-akak : Dorang nih adalah kumpulan kakak-kakak senior yang selalu makan bersama kat pantry ofis..Layan dengar cerita dorang nih..Yerlah nama pun senior dan berpuluh tahun kerja..Dan aku pulak selalu makan apa yang dorang tapau bawak dari rumah atau beli..hehe..sebab tu la tak kurus-kurus..

6.Kumpulan lain-lain: Kumpulan lain-lain nih, segerombolan manusia kat pejabat yang aku bertegur sapa..sekian, terima kasih..

In my daily life...aku ada kawan-kawan lain yang lebih in touch..

1. Mak : Dia adalah mak merangkap kawan + kawan gaduh..dengan dia lah tempat aku mengadu masalah, cerita apa saja yang aku nak cerita sehinggakan dengan suami sendiri pun ada perkara yang aku tak cerita but with my Mak semua benda aku cerita.Perkara paling suka bertekak, gaduh-gaduh tapi baik semula..hehe..itulah untungnya mak sebagai kawan, tak payah nak sakit hati sebab of course she never betray anak dia..habis-habis pun dia luah kat adik beradik yang lain selalunya kakcikla, dan kakcik akan beritahu juga kat aku..

2. Abah : Bila keadaan terdesak hal kerja yang rumit memang abahla tempat aku betanya, minta pendapat dan sebagainya..jadi faham-faham jerla ye..

3. Kaklong : Yang sanggup dengar mulut aku membebel dan tolong aku jaga Rauhah bila keadaan memerlukan...dan yang penting, pi umah dia mesti dapat makan..hehe..

4. Kakcik: budak sengal..kekadang menyakitkan hati..

5. Nur : Kawan aku yang kenal masa kat UPM..contact by YM and Phone tapi jika ada masalah peribadi, selalunya dialah tempatnya..

6. Shae: Jarang keep in touch..takderlah hari-hari, tapi aku selalunya akan pastikan setiap kali dia beranak aku pi tengok anak dia,cuma yang kembar nih belum sempat..maybe dalam masa terdekat nih..

7.Peanut : Aku kenal kat FSTEP, sampai sekarang jadi kawan aku..gilos-gilos dia nih dan banyak give me an advice..

8. Lain-lain : kawan-kawan yang jarang aku contact tapi yang aku anggap kawan..Cuma sebab masa dan keadaan...huhuhuhu

Sahabat sejati aku:

1. Suami aku : Dia lah tempat aku bergantung, berharap, mintak duit beli tudung Ariani dan macam-macam lagi..

2. Rauhah : My soulmate ever...Kemana sahaja  pergi dia ada..tak kisah kekadang orang kat Angsana, Giant or mana-mana tengok pelik, leh shopping, makan and doing a lot of stuff dengan anak yang baru setahun jagung kan..sampaikan ada yang tegur " Korang nih happening betul".Ok terima kasih..hehe..sebab masa tuh Rauhah memekak kat MC D Angsana..hehe...

Sebenarnya nak cerita kat sini, bila dah kahwin dan berkeluarga secara automatik life change...Semuanya lebih terarah kepada keluarga sebab yang lain-lain bukan priority lagi..

Wednesday, June 20, 2012

Ada Apa Tentang Kerja?

Saya cukup terharu kerana ada yang membaca blog saya walaupun saya bukan lah blogger femes. Saya create this blog just for fun untuk jadikan one of medium untuk saya rekodkan my experiences, memories, feelings and etc kerana sesungguhnya saya memiliki short term memory dimana saya selalu lupa kekadang hilang ingatan dan susah sangat nak recall somethings..Dah pernah try wat journal before tapi akhirnya hanya 2 muka surat sahaja yang digunakan pastuh dah tak tau hilang mana..

Ini adalah kenapa???

Cukuplah saya menghabiskan masa saya dengan bekerja 8 jam sehari kadang-kadang sampai 9 hingga 10 jam sehari untuk 5 hari tapi kadang-kadang kerja juga pada weekdays tapi sekarang boleh tarik nafas lega sejak wat Master sebab ada excuse to reject any work on weekends dengan alasan ada kelas..hehe..

Bayangkan dengan kehidupan sebegitu 8 jam anda dalam 24hr di tempat kerja dengan rutin yang sama selama ini..rasanya tak perlula nak cerita..

Saya sebenarnya sick of tired dengan politik kerja dan saya pula never ever get involve myself towards that and always keeping up myself to stay away from that..Mungkin saya akan tulis ketidakpuasan hati saya berkenaan hal ini ( never knows)...

Saya tak suka bercerita mengenai rakan sekerja on publics (kadang-kadang saya ada bercakap tapi bukan secara serius dan dengan niat untuk "mencederakan" sesiapa)

Saya bukan popular staff among the staffs

Saya bukan excellent staff among the staffs

Saya juga bukan pegang jawatan tinggi...

Saya lebih suka dedahkan diri saya dengan perkara lain yang lebih make me happy..Bukan maksudnya kat sini  tempat kerja saya tak memberi kegembiraan tapi dengan kehidupan 8 jam sehari, saya perlukan another attraction in my life..

Saya berpegang pada separate your life : kerja adalah kerja : kehidupan peribadi adalah kehidupan peribadi dan keluarga adalah keluarga.

Jadi adalah agak menjelikkan bila ada yang nak tahu suami / isteri kerja apa???Buat apa??? Earn gaji berapa??Macam mana boleh hidup begitu begini??..Okies..kalau nak tau sebab nak tolong, ok boleh terima, tapi kalau nak tau sebab syak wasangka and give another perceptions and speculation..So hentikanlah..Hanya mencetuskan suasana tak selesa ajer di tempat kerja..


















Tuesday, June 12, 2012

Google..Go giler..

Bila sampai satu tahap aku dah bosan tahap tak waras..Aku akan mula start google..Macam mana???Kalau ada yang tengok aku happy semacam padahal atas meja serabut giler.Inilah kerja aku sebenarnya..

Memula tolak tepi semua apa yang membosankan aku...pastuh aku akan wat list apa secara spontan..ala-ala super spontan..yang terlintas difikiran tanpa banyak fikir..(nanti penat la otak nak fikir lelama apa nak google..lagipun nanti hilangla seronok)

No 1: Baby Comel..


Comel..Cute..Adore
No. 2: Tree

Pergh..leh mimpi buruk nih...pasni kalau tengok pokok kena tengok betul-betul mana tau leh nampak bentuk hippo..

No.3 : Awesome



No.5 : Aku


No 1 dalam list carian google.bila baca blog nih terus jatuh hati..memang terkesan dijiwa..ok terus add jadi blog yang diikuti...akuislam.com

No. 6 : Kuku..
Tengok..macam-macam ada kat google..giler arh...korang boleh pilih nak sound alam apa..


No.7 : HP (list last untuk ari yang membosankan)



Memang best gilos tgk video nih...terima kasih google kerana menceriakan hari aku..hehehe...

P/S: jangan buat selalu time kerja..sekali sekala bolehla...