"I prefer to change myself rather than wait people change because I don't want stupid like them".
Kenapa kita perlu mengharapkan perubahan daripada orang lain sedangkan lebih bagus jika kita ubah diri kita dan jangan biarkan diri kita kelihatan bodoh bersama mereka yang tidak mahu berubah tetapi berjam-jam memberi ceramah berkaitan perubahan.
Pernah atau tidak berlaku dikalangan anda, ada manusia yang mungkin seorang ketua, rakan sekerja atau kawan anda bercakap mengenai perubahan atau pembaharuan secara inovatif atau kreatif yang kadang-kadang memakan masa berjam-jam lamanya tapi secara realitinya tidak nampak apa jenis jua bentuk perubahan yang dibawa oleh si polan??? Dan bagi kami iaitu mewakili pendengar/pekerja/kawan yang mendengar kadang-kadang berasa jelik kerana kami sedar ucapan tanpa perlakuan tiada makna. Sebagai contoh kalau si ketua bercakap mengenai perniagaan, risiko, cara baru dan sebagainya tetapi apabila sampai di peringkat perlaksanaan ops..maaf..kadang-kadang hanya sampai diperingkat kertas cadangan pun dah takut menanggung risiko, jadi tak perlulah bercakap mengenai inovatif, tak perlu bercakap mengenai cara kerja, tak perlu bercakap mengenai perniagaan dan tak perlu bercakap mengenai penjanaan penambahan pendapatan kerana tidak perlu.
Untuk membuat perubahan bukan mudah tetapi dapat dilaksanakan kerana hanya perubahan secara kreatif dan inovatif dapat merealisasikan segalanya. Kalau tak percaya boleh baca buku "How To Be Lucky". Pertama, ubah diri sendiri kemudian baru boleh ubah diri orang lain dan segalanya. Jika diri sendiri pun hanya suam-suam kuku, tiada keberanian dan ilmu secukupnya maka diulangi sekali lagi hentikanlah ceramah mengenai perubahan. Tiada guna bercakap segala jenis teori hidup, teori pengurusan, teori operasi atau teori kewangan jika diri sendiri tidak menggambarkan secara fizikal, kelakuan, mental atau aksi yang menghala kepada perubahan.
Dunia semakin hari dibawa arus kemodenan, tatacara kerja pada tahun 1965 tidak membawa segala manfaat(mungkin ada tapi kebanyakkannya dah tak relevan) untuk diaplikasikan lagi dalam urusan operasi perniagaan mahupun pengendalian hidup sepertimana yang dicakapkan. Kami sebagai pendengar bukannya bodoh untuk ikut dan angguk setuju.
(Catatan ini secara umum, tidak ditujukan kepada sesiapa, tetapi sekiranya anda terasa maka laksanakanlah perubahan dan bersamala kita menimba ilmu sedaya usaha)