Tuesday, December 13, 2011

NGOMEL Mak Jejah - Komen Pasal Ombak Rindu

Last week Mak Jejah pi la tengok filem Ombak Rindu yang depa dok kata filem wajib tonton untuk akhir tahun 2011 ni. Lagi pun Mak Jejah dok terpengaruh nak pi tengok sebab kawan-kawan Mak Jejah dok excited cerita pasal filem ni, jadi dah ada waktu terlapang hari Jumaat minggu lepas, waktu rehat 2 jam tu habiskanla masa dengan tengok wayang. Mak Jejah tak adala nak letak high expectation sangat. Bila dah habis masa Mak Jejah 2 jam dok tengok cerita tu apa yang Mak Jejah boleh cakap cerita setakat bolehla...Kawan Mak Jejah suruh bagi bintang, jadi Mak Jejah boleh bagi setakat 4 jerla.Tu pun hanya untuk pemandangan yang indah.Jalan cerita atau naratif cerita (Mak Jejah takdak la bagus sangat dengan bahasa-bahasa teknikal walaupun dulu pernah belajar kat U subjek Lakon Layar dan Penulisan Skrip) boleh bagi 3 sahaja..Kenapa? Mak Jejah agak terpesona dengan imej cinematicnya walaupun ada sedikit cacat sebagai contoh masa scene Izzah dan Hariz di atas batu. Terjejas sikit mood bila ada minah berbaju merah interframe kat belakang..Mungkin Osman Ali sedar tapi dah tak cukup masa nak ambil shoot lain, atau sengaja..Itu kena tanya pengarahnya la.Jangan tanya Mak Jejah. Jalan cerita yang tidak kuat, watak yang suam-suam kuku dan penderitaan yang digambarkan hanyalah penderitaan percintaan Romeo Juliet seperti yang banyak dipaparkan dalam filem-filem sebelum ini. Apa yang mengecewakan Mak Jejah adalah dari segi lakonannya. Mak Jejah tak ada masalah dengan penghayatan hero filem Aaron Aziz kerana bagi Mak Jejah dia dapat melakonkan watak Hariz dengan baik cuma Mak Jejah tidak melihat adanya penghayatan yang jitu daripada Maya Karin yang Mak Jejah rasa dia terperangkap dengan gambaran watak Izzah itu sendiri. Pertama kali Mak Jejah tertarik dengan lakonan Lisa Surihani bagi Mak Jejah berjaya bawakan watak seorang yang perengus,degil dan ego itu. Karekter Izzah bagi Mak Jejah tiada kekuatan sedangkan jika dibandingkan dalam novel, personaliti Izzah lebih kuat berbanding yang dipaparkan dalam filem. Mak Jejah juga agak terganggu dengan pergerakkan plot yang lambat dan ucapan dialog yang bagi Mak Jejah bunyinya agak janggal dan sia-siakan barisan dialog yang baik dan bermakna.


Komen Mak Jejah berkenaan masalah penulis novel yang mendapat bayaran sedikit tu, sepatutnya penulis hendaklah meneliti perjanjian dengan sebaiknya dan mempertahankan hak reka cipta anda. Kepada penerbit filem janganla nak tunggu dapat 8 juta baru nak bagi bonus kepada penulis. Sumbangla sedikit, kerana tanpa idea daripada penulis tak mungkin anda dapat menerbitkan filem yang dapat kutipan berjuta, Hargailah hasil nukilan penulis.



Sekian sahaja dari Mak Jejah...

No comments: