Hari ni agak tenang berbanding dengan hari-hari terdahulu yang agak busy. Kadang-kadang kesibukan mengalpakan.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah: Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya
YaAllah! Au berlindung kepadamu dari kekikiran, dari kemalasan, dari kepikunan, dari azab kubur, dari fitnah Dajjal, dan dari fitnah hidup dan mati"
(A uu'dzubika minal bukhli wal kasali, wa ardzalil umuri, wa a'dzaabil kubri, wa fitnatid dajjaali, wa fitnatil mahyaa wal mamaati)
Tiada resepi yang paling mengenyangkan dan membahagiakan selain patuh kepada Allah SWT, jadikan Al-Quran dan Hadith peneman hidup dan laksanakan amalan Islam.
ps: Moga Kita Semua di Kurniakan Kebaikan. Amin