Tanggal Februari 2012, dah bertambah lagi satu tanggungjawab atau title yang dah lama aku tinggalkan iaitu student..Tak sangka dengan status sekarang, bertambah lagi status sebagai pelajar (memang sengaja cari nahas) tapi berbekalkan semangat orang lain yang dah beribu-ribu, bekerja, ibu dan juga belajar dalam masa yang sama boleh berjaya jadi apakah aku tidak?
Sekarang masa itu ibarat usia, sangat berharga sehinggakan tidak sanggup rasanya tersia-sia begitu sahaja walaupun untuk menunggu laptop start on..(merujuk kepada laptop aku yang ada dah lusuh-menyakitkan hati sangat-sampai rasa nak campak je dari tingkat 2 umah aku ni)..
Maka banyakla perkara rutin dah berubah di mana makin tinggilah kain baju yang tak berlipat, makin sendatla mesin basuh, sebab banyak baju yang kumpul pastu baru nak sumbat dalam mesin basuh..
Rauhah pun dah busy macam ibunya..Sama-sama menyibuk buat assignment...Bila kita tak layan dia..mula la wat aksi memberontak..menjerit..mengemas..macam-macam..memang betul-betul mencabar..sekarang barula terasa macam mana pengalaman orang-orang macam aku..
Kini, barulah hargai masa-masa jadi budak undergraduate dulu..Zaman hingusan jadi budak Diploma kat UPM, zaman jadi budak undergraduate kat USM..Belajar disubsidi dan dapat pinjaman PTPTN (walaupun sampai sekarang masih tersengguk-sengguk bayar hutang)..At least, takde la macam sekarang dimana semua yuran kena bayar keluar dari poket sendiri..POKET SENDIRI..terasa perit sekali..dan kini barulah amat hargai masa pergi kelas, tekun amik nota dan salin sebanyak mungkin yang keluar dari mulut lecturer sampaikan nak tulis tiap-tiap patah perkataan yang keluar dari mulut Prof..ish..ish..
Kenapa??Kenapa??Kenapala dulu aku tak rajin study? tak rajin nak buat assignment gempak-gempak..tak berusaha nak dapat anugerah dekan apatah lagi canselor..Kalaula..kalaula..walaupun mak aku tak suka sangat dengan perkataan kalau nih..kalaulah aku belajar tekun dulu, dapat 4.00 CGPA..sure sekarang sambung belajar buat MASTER dan PHD by scholarship..ditaja sepenuhnya..dan kehidupan akan lain..HOOHOHOO..takdela macam sekarang yang asyik nak cari kerja lain..dan macam-macam lagi..SO..kepada budak-budak undergraduate, baik korang STUDY SMART + Hard..janganla jadi macam akak nih..HUHUHUHU....
Namun begitu, aku dan rakan-rakan seperjuangan, tak pernah patah semangat..Kepada MU Ya ALLAH SWT aku bermohon..Moga tabahkan hati kami, kurniakan kami dengan kekuatan fizikal dalam menimba ilmu...Moga kami berjaya dan cemerlang. Amin.
ps: Kepada yang bertanya, kenapa nak sambung belajar?sebab nak pangkat ke?dalam syarikat ni yang ada PHD belum tentu naik pangkat..
Kepada orang yang bertanya, saya sambung belajar bukan sebab tu, tapi sebab saya percaya bahawa ILMU adalah makanan JIWA dan Kehidupan....
HIDUP POSTGRADUATE!!!!!!!!