Monday, April 23, 2012

Ngomel Mak Jejah - Nilai Kasih Sayang?

Sebak di dada bila tengok berita di TV tentang Mohd Danish Aiman yang baru berumur 2 tahun koma kerana ditampar kekasih ibunya..Tak sanggup nak baca berita tentang baby comel ni di suratkhabar bila lihat sahaja gambar baby comel ni penuh dengan wayar dibadan..Apalah salah anak ini sehinggakan diperlakukan sebegitu rupa.Hanya kerana ragam budak kecil yang berumur 2 tahun? Apalah yang budak berumur 2 tahun tahu? Dimana letaknya akal fikiran manusia yang melakukan ini semua? Kepada pihak yang berkenaan, tolonglah jatuhkan hukuman yang seberatnya kepada si pelaku. Jika dia pandai mengajar budak umur 2 tahun dengan menampar sampai koma, maka dia layak untuk diajar selayaknya macam mana bahana yang dapat oleh adik Aiman.

Mana perginya nilai kasih sayang yang sebenar? Anak itu adalah kurniaan Allah SWT maka menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menjaga, mendidik dan membesarkan mereka dengan ilmu Allah, ilmu dunia dan akhirat..

Apa yang diharapkan semoga perkara ini tidak terus berulang...sudah berkali-kali isu bayi didera, kanak-kanak diculik, dicabul, dibunuh tetapi masih belum ada pendekatan yang berkesan untuk mengatasinya..Fikirla hal-hal isu seperti ini dengan lebih mendalam wahai ahli parlimen dari dok bergaduh pasal pemansuhan PTPTN tu...dari dok berdebat tentang perkara yang berkaitan isu mengata sini mengata sana, baik berdebat untuk atasi masalah kanak-kanak yang jadi mangsa dera, culik dan bunuh ini..

Mak Jejah sebenarnya dah naik muak dengan isu debat kat parlimen ni..dari dok bergaduh benda yang bukan-bukan, baiklah bincang selesaikan masalah domestik, masalah dalaman negara dan isu masyarakat khasnya. Tolonglah..kalau boleh dah tak nak baca atau dengar sebarang berita tentang hal-hal sebegini..Sedih dan pilu...


Monday, April 16, 2012

BELAJAR..OH BELAJAR..

Tanggal Februari 2012, dah bertambah lagi satu tanggungjawab atau title yang dah lama aku tinggalkan iaitu student..Tak sangka dengan status sekarang, bertambah lagi status sebagai pelajar (memang sengaja cari nahas) tapi berbekalkan semangat orang lain yang dah beribu-ribu, bekerja, ibu dan juga belajar dalam masa yang sama boleh berjaya jadi apakah aku tidak?

Sekarang masa itu ibarat usia, sangat berharga sehinggakan tidak sanggup rasanya tersia-sia begitu sahaja walaupun untuk menunggu laptop start on..(merujuk kepada laptop aku yang ada dah lusuh-menyakitkan hati sangat-sampai rasa nak campak je dari tingkat 2 umah aku ni)..

Maka banyakla perkara rutin dah berubah di mana makin tinggilah kain baju yang tak berlipat, makin sendatla mesin basuh, sebab banyak baju yang kumpul pastu baru nak sumbat dalam mesin basuh..
Rauhah pun dah busy macam ibunya..Sama-sama menyibuk buat assignment...Bila kita tak layan dia..mula la wat aksi memberontak..menjerit..mengemas..macam-macam..memang betul-betul mencabar..sekarang barula terasa macam mana pengalaman orang-orang macam aku..

Kini, barulah hargai masa-masa jadi budak undergraduate dulu..Zaman hingusan jadi budak Diploma kat UPM, zaman jadi budak undergraduate kat USM..Belajar disubsidi dan dapat pinjaman PTPTN (walaupun sampai sekarang masih tersengguk-sengguk bayar hutang)..At least, takde la macam sekarang dimana semua yuran kena bayar keluar dari poket sendiri..POKET SENDIRI..terasa perit sekali..dan kini barulah amat hargai masa pergi kelas, tekun amik nota dan salin sebanyak mungkin yang keluar dari mulut lecturer sampaikan nak tulis tiap-tiap patah perkataan yang keluar dari mulut Prof..ish..ish..

Kenapa??Kenapa??Kenapala dulu aku tak rajin study? tak rajin nak buat assignment gempak-gempak..tak berusaha nak dapat anugerah dekan apatah lagi canselor..Kalaula..kalaula..walaupun mak aku tak suka sangat dengan perkataan kalau nih..kalaulah aku belajar tekun dulu, dapat 4.00 CGPA..sure sekarang sambung belajar buat MASTER dan PHD by scholarship..ditaja sepenuhnya..dan kehidupan akan lain..HOOHOHOO..takdela macam sekarang yang asyik nak cari kerja lain..dan macam-macam lagi..SO..kepada budak-budak undergraduate, baik korang STUDY SMART + Hard..janganla jadi macam akak nih..HUHUHUHU....

Namun begitu, aku dan rakan-rakan seperjuangan, tak pernah patah semangat..Kepada MU Ya ALLAH SWT aku bermohon..Moga tabahkan hati kami, kurniakan kami dengan kekuatan fizikal dalam menimba ilmu...Moga kami berjaya dan cemerlang. Amin.

ps: Kepada yang bertanya, kenapa nak sambung belajar?sebab nak pangkat ke?dalam syarikat ni yang ada PHD belum tentu naik pangkat..
 Kepada orang yang bertanya, saya sambung belajar bukan sebab tu, tapi sebab saya percaya bahawa ILMU adalah makanan JIWA dan Kehidupan....




HIDUP POSTGRADUATE!!!!!!!!