Monday, April 23, 2012

Ngomel Mak Jejah - Nilai Kasih Sayang?

Sebak di dada bila tengok berita di TV tentang Mohd Danish Aiman yang baru berumur 2 tahun koma kerana ditampar kekasih ibunya..Tak sanggup nak baca berita tentang baby comel ni di suratkhabar bila lihat sahaja gambar baby comel ni penuh dengan wayar dibadan..Apalah salah anak ini sehinggakan diperlakukan sebegitu rupa.Hanya kerana ragam budak kecil yang berumur 2 tahun? Apalah yang budak berumur 2 tahun tahu? Dimana letaknya akal fikiran manusia yang melakukan ini semua? Kepada pihak yang berkenaan, tolonglah jatuhkan hukuman yang seberatnya kepada si pelaku. Jika dia pandai mengajar budak umur 2 tahun dengan menampar sampai koma, maka dia layak untuk diajar selayaknya macam mana bahana yang dapat oleh adik Aiman.

Mana perginya nilai kasih sayang yang sebenar? Anak itu adalah kurniaan Allah SWT maka menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menjaga, mendidik dan membesarkan mereka dengan ilmu Allah, ilmu dunia dan akhirat..

Apa yang diharapkan semoga perkara ini tidak terus berulang...sudah berkali-kali isu bayi didera, kanak-kanak diculik, dicabul, dibunuh tetapi masih belum ada pendekatan yang berkesan untuk mengatasinya..Fikirla hal-hal isu seperti ini dengan lebih mendalam wahai ahli parlimen dari dok bergaduh pasal pemansuhan PTPTN tu...dari dok berdebat tentang perkara yang berkaitan isu mengata sini mengata sana, baik berdebat untuk atasi masalah kanak-kanak yang jadi mangsa dera, culik dan bunuh ini..

Mak Jejah sebenarnya dah naik muak dengan isu debat kat parlimen ni..dari dok bergaduh benda yang bukan-bukan, baiklah bincang selesaikan masalah domestik, masalah dalaman negara dan isu masyarakat khasnya. Tolonglah..kalau boleh dah tak nak baca atau dengar sebarang berita tentang hal-hal sebegini..Sedih dan pilu...