Friday, May 25, 2012

Bila Sedih?..

Pernah tak tetiba pada suatu ketika tanpa disangka-sangka korang akan mudah rasa sedih..?.Contohnya bila baca kisah orang OKU kat suratkhabar, kena marah dengan bos, n etc walaupun pada kebiasaannya korang takdelah mudah sangat tersentuh, tapi entah mengapa ada ketikanya hari tu, hati mudah sangat tersentuh..

Hari ini, entah kenapa hari aku memang start dengan rasa sedih bila bangun je tido, tengok Rauhah kat sebelah tengah nyenyak tido peluk bantal busuk dia ( memang serius busuk sebab dia suke sangat gigit bucu bantal dan bermacam-macam jenis bendasing dok bertompok-tompok akibat dok heret kesana kemari) dah besar anak ibu ni..sambil usap-usap umbun rambutnya..aku rasa sedih sebab anak makin membesar dan kepala otakku terus membayangkan dia akan ke sekolah , ke Universiti dan tinggalkan aku..macam mana kalau dia gi oversea? Belajar kat sana? Oh!! Tidak..dan aku tentunya akan ikut jer dia pi mana..tak kira..tak semena-mena (betul ke perkataan yang gunakan ini) air mata aku mengalir dan cepat-cepat bangun cuci muka dan masak untuk bekalan Rauhah kat nursery..kesedihan ini membuatkan aku sedar akan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada aku dalam mendidik dan membesarkan anak aku. Dan tangggungjawab ini membuatkan aku rasa betapa aku perlu sentiasa membaiki diri aku dengan ilmu Allah dan dunia. Ubah kepada yang baik dan lebih baik untuk dijadikan contoh kepada anakku..

Pagi masuk je ofis, buka email, buka facebook, baru find out that ex-classmate aku dah meninggal dunia sebab accident terus buatkan air mata bergenang kembali. Sesunguhnya setiap yang hidup pasti akan mati dan semuanya telah termaktub di Loh Mahfuz dan siapala kita sebagai insan ciptaan Allah SWT ini untuk menidakkan. Takziah kepada keluarga arwah dan aku percaya keluarga, teman dan kenalan sentiasa mendoakan. Al-fatihah.


Bila masuk tengah hari, rezeki yang Allah SWT berikan, Alhamdullilah..my officemate belanja nasi mandi ( Terima kasih Tuan Haji)..(eyh apa kaitan pun aku tak tau dengan tajuk di atas tapi layan jerla kan..)

Kesedihan bagi aku bukan perkara buruk.Lainlah kalau korang nangis teriak 3 hari 3 malam tanpa henti tu lainlah kan..of coursela akan terima kesan buruk pada mata, minda dan tubuh badan..Kesedihan sebenarnya menyedarkan kita dari kegembiraan yang melampau hingga membuatkan kadang-kadang kita lupa atas hal-hal sedemikian..Kesedihan itu menunjukkan ada simpati dan empati dalam jiwa kita yang membuktikan hati kita masih ada ruang untuk dibersihkan dan kesedihan ibarat seperti air yang mampu membasuh kotoran dalam hati..Airmata yang mengalirkan membersihkan hati..Airmata kerana Allah SWT adalah ubat mujarab untuk hati..

p/s: Solat Tiang Agama..Selamat Solat Jumaat..


Wednesday, May 23, 2012

Saya?

Siapa saya?
Dari mana saya datang?
Apa yang saya suka?
Kenapa saya?
Bagaimana sikap saya?
Siapa yang saya sayang?
Saya?..

Saja je sebab otak agak penat dengan assignment yang melambak nak kena buat..Have a nice day..

Friday, May 18, 2012

TAZKIRAH JUMAAT

Seronoknya pada hari Jumaat selain daripada esoknya yay cuti..last day kerja dan tak sabar-sabar tunggu tepat jam 5 petang..adalah inbox mail akan penuh dengan email-email tazkirah Jumaat tak kira la dalam inbox email kerja, yahoo dan gmail..terima kasih kepada insan-insan prihatin ini yang sudi forwardkan email-email berbentuk ilmiah ini...dan pada pagi ini dalam banyak-banyak emai yang diterima ada satu email yang amat istimewa untuk dikongsi bersama..

Kenapa???sebab ramai antara kita yang pastinya ada perasaan sebegini terhadap syarikat dan bos tempat kita bekerja termasuk aku yang kadang-kadang really disappointed and frustrated kan..tapi dalam hati aku sentiasa yakin bahawa setiap disebalik yang berlaku pasti ada hikmah dan Allah SWT itu sentiasa memberi kepada umatnya....Terima kasih Kak Rin for your Tazkirah Jumaat email...

Tazkirah Jumaat



Orang Ikhlas Itu Tertindas?



"Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini," kata seorang kakak berterus-terang.


"Mengapa?" balas saya.


"Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja."

 
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?


Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, "kakak punya berapa orang anak?"


Sengaja saya bertanya soal-soal 'di luar kotak' agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.


"Oh ramai encik�"


"Bagaimana dengan anak-anak kakak?"


Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.


"Kakak, boleh saya bertanya?"


"Tanyalah encik�" ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.


"Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang 'menjadi' dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?"


Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, "antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?"


Dengan cepat kakak itu menjawab, "hati ibu encik� tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!"


Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.


"Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran�" kata saya perlahan. Hampir berbisik.


"Maksud encik?"


"Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi."


"Tidak pernah saya terfikir begitu encik�"


"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah."


"Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?"


"Maksud kakak?"


"Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?"


"Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!"


Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.


"Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita�"




Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.


"Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?"


Kakak itu tersenyum dan berkata, "tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya."


"Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?"


"Pasti ada! Insya-Allah."


"Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita� Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi."


"Subhanallah!"


"Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini."




"Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting� hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama.


"Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?"


"Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our �ceo�, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan�"


"Maksud encik?"


"Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya."


"Kenapa?"


"Kita akan sakit jiwa!"


"Tetapi Allah tidak berhenti memberi� " kata kakak itu perlahan.


�Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi� Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?�

"Ah, kita terlalu ego�"




Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa "diperingatkan" semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan� orang ikhlas tertindas?






Petikan dari gentarasa


Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

Thursday, May 17, 2012

My Favourite Words

Kalaulah kena senaraikan kelemahan diri anda dah tentu kelemahan paling nyata adalah susah untuk aku mengawal mulut aku dari gunakan perkataan yang bermula dari huruf S, B dan N bila naik angin. Sememangnya selain menjerit memekak akan ada je perkataan-perkataan yang tak sepatutnya aku gunakan. Astagfirullalazim dan sesungguhnya itu bukanlah perbuatan yang boleh dibanggakan dan patut dihindarkan oleh aku ni..

Kelemahan kedua ketara adalah kadang-kadang (eyh kadang-kadang ke?atau selalu) aku akan cakap without any thinking and will regret it later..Contohnya baru tadi..bila ada pakcik chubby kat pejabat ni ( opss sorry terguna ayat pakcik chubby) tanya aku nape aku jenguk bilik fail ada dengar bunyi apa-apa ke? aku leh jawab begini tanpa memikirkan maksud apa-apa atau without any niat 'kan dah halau hantu, xkanla ada hantu lagi..kalau ada pun dia akan ikut penghalau hantu or orang yang suh halau hantu tu'..huhuhu..memang tak sayang mulut aku ni..macamla ada insurans..so sebenarnya adalah idea bijak kalau company insurance sekarang ni jual insurance mulut kan?? Mesti ramai yang amik sebab sekarang pun ramai kes saman menyaman pasal perang mulut ni..

Suami aku pun selalu cakap, aku ni kalau bercakap kadang-kadang terlampau berterus-terang dah takde selindung-selindung sket pun tak cover..hehe..pastuh kalau aku tak suka dengan apa yang si polan cakap or membebel akan secara automatik tergambar kat wajah aku..mula la ekspresi muka aku tunjukkan yang aku tak suka + meluat = menyampah.

Memang langsung tak beretika aku nih dalam hal ehwal menjaga hati orang daripada disakiti dan dalam menggunakan kurniaan Allah iaitu lidah ku ini sedangkan peranan lidah itu adalah besar kerana lidah juga tentukan kita masuk neraka atau syurga..(walaupun aku tahu tapi tetap buat, itulah namanya manusia)

Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.” - (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

“Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”

Apa yang kita ucapkan sememangnya melambangkan keperibadian kita. Jadi bila aku fikirkan semula, ayat yang kebanyakkan orang guna " mulut aku je laser tapi hati aku baik" mungkin tak sesuai nak digunakan kerana sesunguhnya..

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)

Aku mohon kepadamu Ya Allah supaya lidah ku ini tidak berkata yang keji, jelik dan kotor yang dapat menyakiti hati orang. Amin Ya Rabbalalamin..Amin..