Kalaulah kena senaraikan kelemahan diri anda dah tentu kelemahan paling nyata adalah susah untuk aku mengawal mulut aku dari gunakan perkataan yang bermula dari huruf S, B dan N bila naik angin. Sememangnya selain menjerit memekak akan ada je perkataan-perkataan yang tak sepatutnya aku gunakan. Astagfirullalazim dan sesungguhnya itu bukanlah perbuatan yang boleh dibanggakan dan patut dihindarkan oleh aku ni..
Kelemahan kedua ketara adalah kadang-kadang (eyh kadang-kadang ke?atau selalu) aku akan cakap without any thinking and will regret it later..Contohnya baru tadi..bila ada pakcik chubby kat pejabat ni ( opss sorry terguna ayat pakcik chubby) tanya aku nape aku jenguk bilik fail ada dengar bunyi apa-apa ke? aku leh jawab begini tanpa memikirkan maksud apa-apa atau without any niat 'kan dah halau hantu, xkanla ada hantu lagi..kalau ada pun dia akan ikut penghalau hantu or orang yang suh halau hantu tu'..huhuhu..memang tak sayang mulut aku ni..macamla ada insurans..so sebenarnya adalah idea bijak kalau company insurance sekarang ni jual insurance mulut kan?? Mesti ramai yang amik sebab sekarang pun ramai kes saman menyaman pasal perang mulut ni..
Suami aku pun selalu cakap, aku ni kalau bercakap kadang-kadang terlampau berterus-terang dah takde selindung-selindung sket pun tak cover..hehe..pastuh kalau aku tak suka dengan apa yang si polan cakap or membebel akan secara automatik tergambar kat wajah aku..mula la ekspresi muka aku tunjukkan yang aku tak suka + meluat = menyampah.
Memang langsung tak beretika aku nih dalam hal ehwal menjaga hati orang daripada disakiti dan dalam menggunakan kurniaan Allah iaitu lidah ku ini sedangkan peranan lidah itu adalah besar kerana lidah juga tentukan kita masuk neraka atau syurga..(walaupun aku tahu tapi tetap buat, itulah namanya manusia)
Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.” - (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
“Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”
Apa yang kita ucapkan sememangnya melambangkan keperibadian kita. Jadi bila aku fikirkan semula, ayat yang kebanyakkan orang guna " mulut aku je laser tapi hati aku baik" mungkin tak sesuai nak digunakan kerana sesunguhnya..
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)
Aku mohon kepadamu Ya Allah supaya lidah ku ini tidak berkata yang keji, jelik dan kotor yang dapat menyakiti hati orang. Amin Ya Rabbalalamin..Amin..