Pernah tak tetiba pada suatu ketika tanpa disangka-sangka korang akan mudah rasa sedih..?.Contohnya bila baca kisah orang OKU kat suratkhabar, kena marah dengan bos, n etc walaupun pada kebiasaannya korang takdelah mudah sangat tersentuh, tapi entah mengapa ada ketikanya hari tu, hati mudah sangat tersentuh..
Hari ini, entah kenapa hari aku memang start dengan rasa sedih bila bangun je tido, tengok Rauhah kat sebelah tengah nyenyak tido peluk bantal busuk dia ( memang serius busuk sebab dia suke sangat gigit bucu bantal dan bermacam-macam jenis bendasing dok bertompok-tompok akibat dok heret kesana kemari) dah besar anak ibu ni..sambil usap-usap umbun rambutnya..aku rasa sedih sebab anak makin membesar dan kepala otakku terus membayangkan dia akan ke sekolah , ke Universiti dan tinggalkan aku..macam mana kalau dia gi oversea? Belajar kat sana? Oh!! Tidak..dan aku tentunya akan ikut jer dia pi mana..tak kira..tak semena-mena (betul ke perkataan yang gunakan ini) air mata aku mengalir dan cepat-cepat bangun cuci muka dan masak untuk bekalan Rauhah kat nursery..kesedihan ini membuatkan aku sedar akan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada aku dalam mendidik dan membesarkan anak aku. Dan tangggungjawab ini membuatkan aku rasa betapa aku perlu sentiasa membaiki diri aku dengan ilmu Allah dan dunia. Ubah kepada yang baik dan lebih baik untuk dijadikan contoh kepada anakku..
Pagi masuk je ofis, buka email, buka facebook, baru find out that ex-classmate aku dah meninggal dunia sebab accident terus buatkan air mata bergenang kembali. Sesunguhnya setiap yang hidup pasti akan mati dan semuanya telah termaktub di Loh Mahfuz dan siapala kita sebagai insan ciptaan Allah SWT ini untuk menidakkan. Takziah kepada keluarga arwah dan aku percaya keluarga, teman dan kenalan sentiasa mendoakan. Al-fatihah.
Bila masuk tengah hari, rezeki yang Allah SWT berikan, Alhamdullilah..my officemate belanja nasi mandi ( Terima kasih Tuan Haji)..(eyh apa kaitan pun aku tak tau dengan tajuk di atas tapi layan jerla kan..)
Kesedihan bagi aku bukan perkara buruk.Lainlah kalau korang nangis teriak 3 hari 3 malam tanpa henti tu lainlah kan..of coursela akan terima kesan buruk pada mata, minda dan tubuh badan..Kesedihan sebenarnya menyedarkan kita dari kegembiraan yang melampau hingga membuatkan kadang-kadang kita lupa atas hal-hal sedemikian..Kesedihan itu menunjukkan ada simpati dan empati dalam jiwa kita yang membuktikan hati kita masih ada ruang untuk dibersihkan dan kesedihan ibarat seperti air yang mampu membasuh kotoran dalam hati..Airmata yang mengalirkan membersihkan hati..Airmata kerana Allah SWT adalah ubat mujarab untuk hati..
p/s: Solat Tiang Agama..Selamat Solat Jumaat..