Wednesday, March 28, 2012

Resepi Hidup

Hari ni agak tenang berbanding dengan hari-hari terdahulu yang agak busy. Kadang-kadang kesibukan mengalpakan.

Rasulullah s.a.w bersabda:
Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah: Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya



YaAllah! Au berlindung kepadamu dari kekikiran, dari kemalasan, dari kepikunan, dari azab kubur, dari fitnah Dajjal, dan dari fitnah hidup dan mati"



(A uu'dzubika minal bukhli wal kasali, wa ardzalil umuri, wa a'dzaabil kubri, wa fitnatid dajjaali, wa fitnatil mahyaa wal mamaati)
 
 
Tiada resepi yang paling mengenyangkan dan membahagiakan selain  patuh kepada Allah SWT, jadikan Al-Quran dan Hadith peneman hidup dan laksanakan amalan Islam.
 
ps: Moga Kita Semua di Kurniakan Kebaikan. Amin

Tuesday, March 06, 2012

Kenangan Indah

Kenangan paling indah sebelum bergelar ibu dan isteri tentunya masa sekolah..kenapa??sebab pada masa tu buat apa pun orang akan maafkan kita..sebab 'ala budak sekolah'..tapi aku tak banyak kenangan indah sangat sebab selalu tukar sekolah..jadi salahkan abah sebab dia selalu pindah randah dan mengheret sekali anak-anaknya..pergh..tengok perkataan tadi semula..mengheret..cukup dramatik..

Tadi terimbas memori masa dok melilau kat kedai runcit Che Omar...tengok tin-tin biskut..dan terjumpa..biskut ini..biskut ini banyak kenangan dalam hidup aku masa zaman dok kat asrama dulu..


nyum..nyum..
 Dulu masa kat hostel..bagi sesape yang penah dok kat hostel mesti tau pas waktu mentelaah ada minum malam @ supper..jadi selalunya hidangannya adalah air MILO/Teh panas dengan kuih atau biskut..dan paling ramai warga hostel akan turun pi kantin untuk supper bila menu biskut coklat tin nih...cicah dengan MILO panas..memang feel heaven..

Ada seorang roommate aku dulu..dia suka kumpul biskut ni..simpan tak makan habis macam pelahap yang lain termasuk aku..Yerla kan, sseorang dapat 4 keping je biskut ni..tu pun nak dapat lebih kitaorang ulang alik berkali-kali sehingga la makcik kantin perasan yang asyik-asyik muka beliau dan beliau..hehe..Rajin kan ex-roommate aku nih? Jahatnya kitaorang pada suatu hari kitaorang pecah lokar dia dan ambil biskut dia. Kami tak curi ye..kami ambil dan makan..Menangis jugakla dia sebab biskut dah kena curi..pas tu apa jadi dah tak ingat..tapi masing-masing minta maaf la sebab dah terkantoi..sampai sekarang masih suspicious sapela yang kantoikan kami..Memang antara kenangan terindah aku masa kat hostel dulu..Tiba-tiba teringat timun cina..hehe..Story for the next entry..

Kepada Warga Padang Midin..Best of Luck..

Thursday, March 01, 2012

HATI GUNDAH..

My heart meltdown..so bila waktu-waktu begini melanda diri mulala my mind akan wat peta minda..apa yang nak dibuat untuk menenangkan jiwa yang gundah gulana..

Tengah meeting sempat buat nota-nota kecil

Saya minta ampun bos kerana tidak dapat fokus 100% dalam meeting sebab jiwa sedang gundah..Ok dah stop cakap pasal hal kerja kerana sudah menjadi matlamat hidup saya untuk meminimakan sebanyak mungkin penulisan berkaitan hal kerja..(kenapa? entry lain kali saya coret kenapa)..hehe..

Pagi ini jiwa masih gundah..hingga ke tengah hari jadi tepat pukul 1.00 cabut lari cari penyelamat yang dapat mengurangkan hati sasau..

Pearl Milk Tea...

Memang tepat kata orang..(entah siapa orang tu pun tak tau) bahawa teh dapat memberi ketenangan...Sehingga pukul 5.00 ini adalah penawar sementara kerana penawar sebenar akan menjelma..Jadi kena sedut sikit-sikit..sebab lambat lagi pukul 5.00 pm ..erm ok ke guna perkataan sedut??..bolehlah sebab my mind tengah blur cari perkataan yang lebih sesuai...



hohoho HOHAH..!!!!


Penat hilang bila tengok aksi dia yang entah apa-apa..everyday she learn new things and will show to me..n always make me laugh..the best medicine ever..

Friday, February 10, 2012

Mangsa Ke?

Sesuai ke tajuk di atas? Ini kalau mana-mana cikgu Bahasa Melayu baca tajuk ni mesti geleng-geleng kepala..Hari ini setelah berjaya siapkan kerja-kerja rutin tepat 12.45 tengah hari, maka ambil kesempatan untuk up date blog..Mak aih banyaknya draft yang semua tak habis ditaip..ada yang tak sampai sekerat wadah pun. Tertanya diri sendiri, bagaimana nak jadi penulis kalau jiwa mati tiada wadah? Tiada idea? Malas? Atau tercari-cari perkataan yang sesuai?..

Ada satu draft yang aku taip Dia atau Aku Yang Jadi Mangsa?..Imbas kembali kenapa aku tulis ini? Scan my memories..All the memories that can be categorize under me as a victim or I make someonelse as a victim..Blur..Blur...lagi blur..dan secara tiba-tiba teringat..OHHH.....

Semuanya berkenaan Kepercayaan..
Kepercayaan yang dicabul.......
Kepercayaan yang diperkotak katikkan
Kepercayaan yang dicarik-carik...

Tapi lagi sedih bila...

Bila kita jadi hinaan...
Bila kita yang jadi kesalahan..
Bila kita yang dicerca..
Bila kita yang diperkatakan...

Walhal...tanpa dia sedar..
Apa yang diputuskan adalah..

Untuk kebaikan hidupnya..
Untuk kesenangan hidupnya..
Untuk selamatkan statusnya..
Untuk pastikan tiada rakan yang membencinya..
Untuk dia terus dikurniakan rezeki...

Bagi aku pula..
Pada masa itu aku tengah sakit hati bila dengar orang bercerita..siapala yang tak sakit hati kan? Tu yang kononnya nak tulis dan taip langsung terus publish kat blog. Cuma akhirnya..bila sampai masa apa yang aku dapat taip hanya ayat  Dia atau Aku Yang Jadi Mangsa dan terhenti disitu. Bak pesan orang-orang pandai biar orang cerca kita jangan Allah cerca kita...Cukuplah hanya Allah SWT ketahui apa yang kita rasa..



Wednesday, February 01, 2012

JENUH IBU

Anugerah paling bermakna dalam hidup sebagai seorang wanita dan isteri tentunya menjadi seorang ibu..Mana-mana ibu dalam dunia ni akan setuju dengan statement ni..Tak percaya? Tanyalah mak korang,kawan perempuan korang, isteri korang atau awek korang..Pasti diaorang akan angguk laju-laju..Tanda SETUJU.

Jenuhnya seorang ibu membesarkan anak-anaknya..
Jenuhnya seorang ibu menyediakan pakai minum anak-anaknya..
JENUHnya seorang ibu melahirkan anak-anaknya..
Jenuhnya seorang ibu melayan kehendak anak-anaknya..
Jenuhnya seorang ibu membimbing anak-anaknya..
Jenuhnya seorang ibu menjaga anak-ankanya..
Jenuh seorang ibu mendoakan kebaikan anak-anaknya..

Ini kalau tulis memang tak habis betapa JENUHNYA seorang ibu.....

Soalannya sekarang???

Jenuh ke kita membalas jasa ibu ?
Jenuh ke kita menjaga ibu ?
Jenuh ke kita melayan kehendak ibu?
Jenuh ke kita sediakan pakai minum ibu?
Jenuh ke kita doakan kesejahteraan ibu?
Jenuh ke kita sedekahkan doa kepada ibu yang telah pergi?

Bila kita menyalahkan ibu ?

Jenuh ke kita dalam membimbing anak kita?
Jenuh ke kita dalam menyediakan pakai minum anak kita?
Jenuh ke kita melayan kehendak anak-anak kita?
Jenuh ke kita menjaga anak kita?
Jenuh ke kita mendoakan anak kita?


Muhasabah diri...

p/s: Rauhah, maafkan ibu andai kekadang naik angin..dan buat Puan Naziah, mak, anda adalah terbaik walaupun kekadang anakmu ini ada buat silap..Maafkanla koi..

Friday, January 06, 2012

~SteamBoat Best ~

Sekarang kalau tetiba terasa nak makan steamboat dah tak payah nak pi kat area bandar Johor sebab dah ada restoran steamboat kat Bandar Baru UDA..Jadi jimat duit minyak dan tak payah nak kena tempuh jalan berselirat kat bandar JB nun..terletak kat Bandar Baru UDA berdekatan dengan Apartment/Condo Mewah/Rumah Orang-orang kaya..Kapten SteamBoat..Memang menarik..tengok nama restoran pun dah get interest kan???..Kena naik tangga sebab restoran ni terletak di tingkat 1..bawahnya adalah restoran Kampung Boy..Masa naik tangga , mata ni tertangkap gambar sepasang kasut comel kat anak tangga dan di dinding ada lukisan kartun yang comel lotey...Bila masuk je ke restoran tuh, mak aih ramainya pelanggan dan semua meja berasap je..bukan asap rokok tapi asap dapur steamboat tu dan tempat grill..Uniknya restoran ni, decorationnya sangat cantik, cute mute dan washroomnya sangat bersih. Bermacam jenis menu seafood, lamb, chicken and fish yang boleh dipilih dan rasakan pengalaman grill lamb, chicken atau ikan sendiri..Akhirnya dapat juga I merasa pengalaman grill daging macam ala-ala cerita Korea tu..


Menu yang 1st sampai....

Start grill ...

Alahai..rauhah wat hal..sebab banyak benda dia nak capai..

KAPTEN SteamBoat....aai..kapten..=)

Wednesday, January 04, 2012

The Best Bakery in The JB Town

Bila pi bandar Johor Bahru kepada peminat roti macam I yang memang tanpa roti rasa badan lemah, hidup kurang bermakna dan otak akan ligat fikir nak cari roti untuk dimakan sebab masa kat hidup kat hostel memang wajib kena ada bekalan roti dan biskut sampaila masuk U dan dah jadi keperluan hidup hingga sekarang..Maka wajibla singgah ke kedai Salahuddin Bakery yang klasik, vintage dan comel je kat Jalan Dhoby tengah-tengah Pusat Bandar Johor Bahru..Kalau malu bertanya boleh search kat Google Map. Kalau pandu kereta laju-laju mungkin anda akan terlepas sebab kedai roti ni comel je..Kitaorang sekeluarga sampai pusing 3 kali baru ternampak kedai roti ni..Sebab teruja dengar cerita orang jadi kami cari juga sampai jumpa dan dah memang jodoh bertemula juga kan..Bila masuk je kedai tu dah ada amoi tunggu roti panas baru keluar dari ketuhar vintage dia yang diperbuat daripada tanah liat dan batu-bata yang selalunya saya tengok kat dalam TV je..Teruja sangat tengok aneka jenis roti..dan terasa macam zaman dulu-dulu pulak..terus dapat feel zaman sebelum perang...Mr Bai pun tak kedekut bagi amik gambar..hehe..Memang patut Salahuddin Bakery ni masuk dalam tempat wajib dikunjungi bila datang Johor Bahru..Jadi saya cadangkan kepada Badan Perlancongan Johor masukkan sekali kedai roti Mr Bai ni dalam agenda tempat-tempat menarik dan bersejarah.




Lepas ni jadi regular customerla sebab roti inti kacang dan kelapa Salahuddin Bakery ni memang sedap!!!!
Jom pi Salahuddin Bakery...Jom datang Johor Bahru...