Friday, January 06, 2012

~SteamBoat Best ~

Sekarang kalau tetiba terasa nak makan steamboat dah tak payah nak pi kat area bandar Johor sebab dah ada restoran steamboat kat Bandar Baru UDA..Jadi jimat duit minyak dan tak payah nak kena tempuh jalan berselirat kat bandar JB nun..terletak kat Bandar Baru UDA berdekatan dengan Apartment/Condo Mewah/Rumah Orang-orang kaya..Kapten SteamBoat..Memang menarik..tengok nama restoran pun dah get interest kan???..Kena naik tangga sebab restoran ni terletak di tingkat 1..bawahnya adalah restoran Kampung Boy..Masa naik tangga , mata ni tertangkap gambar sepasang kasut comel kat anak tangga dan di dinding ada lukisan kartun yang comel lotey...Bila masuk je ke restoran tuh, mak aih ramainya pelanggan dan semua meja berasap je..bukan asap rokok tapi asap dapur steamboat tu dan tempat grill..Uniknya restoran ni, decorationnya sangat cantik, cute mute dan washroomnya sangat bersih. Bermacam jenis menu seafood, lamb, chicken and fish yang boleh dipilih dan rasakan pengalaman grill lamb, chicken atau ikan sendiri..Akhirnya dapat juga I merasa pengalaman grill daging macam ala-ala cerita Korea tu..


Menu yang 1st sampai....

Start grill ...

Alahai..rauhah wat hal..sebab banyak benda dia nak capai..

KAPTEN SteamBoat....aai..kapten..=)

Wednesday, January 04, 2012

The Best Bakery in The JB Town

Bila pi bandar Johor Bahru kepada peminat roti macam I yang memang tanpa roti rasa badan lemah, hidup kurang bermakna dan otak akan ligat fikir nak cari roti untuk dimakan sebab masa kat hidup kat hostel memang wajib kena ada bekalan roti dan biskut sampaila masuk U dan dah jadi keperluan hidup hingga sekarang..Maka wajibla singgah ke kedai Salahuddin Bakery yang klasik, vintage dan comel je kat Jalan Dhoby tengah-tengah Pusat Bandar Johor Bahru..Kalau malu bertanya boleh search kat Google Map. Kalau pandu kereta laju-laju mungkin anda akan terlepas sebab kedai roti ni comel je..Kitaorang sekeluarga sampai pusing 3 kali baru ternampak kedai roti ni..Sebab teruja dengar cerita orang jadi kami cari juga sampai jumpa dan dah memang jodoh bertemula juga kan..Bila masuk je kedai tu dah ada amoi tunggu roti panas baru keluar dari ketuhar vintage dia yang diperbuat daripada tanah liat dan batu-bata yang selalunya saya tengok kat dalam TV je..Teruja sangat tengok aneka jenis roti..dan terasa macam zaman dulu-dulu pulak..terus dapat feel zaman sebelum perang...Mr Bai pun tak kedekut bagi amik gambar..hehe..Memang patut Salahuddin Bakery ni masuk dalam tempat wajib dikunjungi bila datang Johor Bahru..Jadi saya cadangkan kepada Badan Perlancongan Johor masukkan sekali kedai roti Mr Bai ni dalam agenda tempat-tempat menarik dan bersejarah.




Lepas ni jadi regular customerla sebab roti inti kacang dan kelapa Salahuddin Bakery ni memang sedap!!!!
Jom pi Salahuddin Bakery...Jom datang Johor Bahru...

Monday, January 02, 2012

~Rauhah Sudah 1 Tahun (Part 2)~

Sempena birthday Rauhah 1 Tahun, my husband and I decided to give a little gift untuk semua budak-budak kat Taska..Cupcake yang Aunty Nurul buat memang sedapla..Sedap mata memandang sedap lagi mulut merasa..( Sape yang nak order cupcake si Aunty Nurul buat sila la PM kat Facebook dia..hehe)..Ibu Rauhah sampai termakan 3 ketul sebab sedap punya pasal cupcake RV sangat sedap..Budak-budak kat Taska semua excited tengok Cupcake comel ada LadyBee dan dapat gift bag comel ada air kotak dan jajan berkhasiat ( biskut teddy bear & puding)..Ni gambar-gambar kenangan sambut Birthday Rauhah..Kami buat secara kecil-kecilan je..Sayang Rauhah..


~Happy Birthday Rauhah~

Friday, December 30, 2011

RAUHAH NAQIYA dah 1 Tahun


Hari ini 30/12/2011 genap setahun anak ibu yang amat disayangi...Pada genap setahun ini, Rauhah dah bertatih-tatih untuk berjalan..Itu juga sebagai tanda pengembangan awal Rauhah dalam menjalani kehidupan di dunia ini..Ibu akan sentiasa berada di sisi Rauhah, tika Rauhah membesar dan mengikuti segalanya..Ibu sentiasa doakan Rauhah membesar menjadi anak yang solehah, beriman dan bijak. Moga kehidupan kita sekeluarga sentiasa bahagia dalam menghadapi segala cabaran, suka dan duka dalam hidup ini..Ibu mendoakan tahun 2012 ini membawa sinar yang lebih bercahaya dalam hidup kita sekeluarga..Amin..Ya Rabbal Al-Amin...Ingatan ibu..Ibu dan Abah sentiasa inginkan yang terbaik buat Rauhah..InsyaALLAH..

Wednesday, December 21, 2011

Change Yourself

"I prefer to change myself rather than wait people change  because I don't want stupid like them".

Kenapa kita perlu mengharapkan perubahan daripada orang lain sedangkan lebih bagus jika kita ubah diri kita dan jangan biarkan diri kita kelihatan bodoh bersama mereka yang tidak mahu berubah tetapi berjam-jam memberi ceramah berkaitan perubahan.

Pernah atau tidak berlaku dikalangan anda, ada manusia yang mungkin seorang ketua, rakan sekerja atau kawan anda bercakap mengenai perubahan atau pembaharuan secara inovatif atau kreatif yang kadang-kadang memakan masa berjam-jam lamanya tapi secara realitinya tidak nampak apa jenis jua bentuk perubahan yang dibawa oleh si polan??? Dan bagi kami iaitu mewakili pendengar/pekerja/kawan yang mendengar kadang-kadang berasa jelik kerana kami sedar ucapan tanpa perlakuan tiada makna. Sebagai contoh kalau si ketua bercakap mengenai perniagaan, risiko, cara baru dan sebagainya tetapi apabila sampai di peringkat perlaksanaan ops..maaf..kadang-kadang hanya sampai diperingkat kertas cadangan pun dah takut menanggung risiko, jadi tak perlulah bercakap mengenai inovatif, tak perlu bercakap mengenai cara kerja, tak perlu bercakap mengenai perniagaan dan tak perlu bercakap mengenai penjanaan penambahan pendapatan kerana tidak perlu.

Untuk membuat perubahan bukan mudah tetapi dapat dilaksanakan kerana hanya perubahan secara kreatif dan inovatif dapat merealisasikan segalanya. Kalau tak percaya boleh baca buku "How To Be Lucky". Pertama, ubah diri sendiri kemudian baru boleh ubah diri orang lain dan segalanya. Jika diri sendiri pun hanya suam-suam kuku, tiada keberanian dan ilmu secukupnya maka diulangi sekali lagi hentikanlah ceramah mengenai perubahan. Tiada guna bercakap segala jenis teori hidup, teori pengurusan, teori operasi atau teori kewangan jika diri sendiri tidak menggambarkan secara fizikal, kelakuan, mental atau aksi yang menghala kepada perubahan.

Dunia semakin hari dibawa arus kemodenan, tatacara kerja pada tahun 1965 tidak membawa segala manfaat(mungkin ada tapi kebanyakkannya dah tak relevan) untuk diaplikasikan lagi dalam urusan operasi perniagaan mahupun pengendalian hidup sepertimana yang dicakapkan. Kami sebagai pendengar bukannya bodoh untuk ikut dan angguk setuju.

(Catatan ini secara umum, tidak ditujukan kepada sesiapa, tetapi sekiranya anda terasa maka laksanakanlah perubahan dan bersamala kita menimba ilmu sedaya usaha)

Tuesday, December 13, 2011

NGOMEL Mak Jejah - Komen Pasal Ombak Rindu

Last week Mak Jejah pi la tengok filem Ombak Rindu yang depa dok kata filem wajib tonton untuk akhir tahun 2011 ni. Lagi pun Mak Jejah dok terpengaruh nak pi tengok sebab kawan-kawan Mak Jejah dok excited cerita pasal filem ni, jadi dah ada waktu terlapang hari Jumaat minggu lepas, waktu rehat 2 jam tu habiskanla masa dengan tengok wayang. Mak Jejah tak adala nak letak high expectation sangat. Bila dah habis masa Mak Jejah 2 jam dok tengok cerita tu apa yang Mak Jejah boleh cakap cerita setakat bolehla...Kawan Mak Jejah suruh bagi bintang, jadi Mak Jejah boleh bagi setakat 4 jerla.Tu pun hanya untuk pemandangan yang indah.Jalan cerita atau naratif cerita (Mak Jejah takdak la bagus sangat dengan bahasa-bahasa teknikal walaupun dulu pernah belajar kat U subjek Lakon Layar dan Penulisan Skrip) boleh bagi 3 sahaja..Kenapa? Mak Jejah agak terpesona dengan imej cinematicnya walaupun ada sedikit cacat sebagai contoh masa scene Izzah dan Hariz di atas batu. Terjejas sikit mood bila ada minah berbaju merah interframe kat belakang..Mungkin Osman Ali sedar tapi dah tak cukup masa nak ambil shoot lain, atau sengaja..Itu kena tanya pengarahnya la.Jangan tanya Mak Jejah. Jalan cerita yang tidak kuat, watak yang suam-suam kuku dan penderitaan yang digambarkan hanyalah penderitaan percintaan Romeo Juliet seperti yang banyak dipaparkan dalam filem-filem sebelum ini. Apa yang mengecewakan Mak Jejah adalah dari segi lakonannya. Mak Jejah tak ada masalah dengan penghayatan hero filem Aaron Aziz kerana bagi Mak Jejah dia dapat melakonkan watak Hariz dengan baik cuma Mak Jejah tidak melihat adanya penghayatan yang jitu daripada Maya Karin yang Mak Jejah rasa dia terperangkap dengan gambaran watak Izzah itu sendiri. Pertama kali Mak Jejah tertarik dengan lakonan Lisa Surihani bagi Mak Jejah berjaya bawakan watak seorang yang perengus,degil dan ego itu. Karekter Izzah bagi Mak Jejah tiada kekuatan sedangkan jika dibandingkan dalam novel, personaliti Izzah lebih kuat berbanding yang dipaparkan dalam filem. Mak Jejah juga agak terganggu dengan pergerakkan plot yang lambat dan ucapan dialog yang bagi Mak Jejah bunyinya agak janggal dan sia-siakan barisan dialog yang baik dan bermakna.


Komen Mak Jejah berkenaan masalah penulis novel yang mendapat bayaran sedikit tu, sepatutnya penulis hendaklah meneliti perjanjian dengan sebaiknya dan mempertahankan hak reka cipta anda. Kepada penerbit filem janganla nak tunggu dapat 8 juta baru nak bagi bonus kepada penulis. Sumbangla sedikit, kerana tanpa idea daripada penulis tak mungkin anda dapat menerbitkan filem yang dapat kutipan berjuta, Hargailah hasil nukilan penulis.



Sekian sahaja dari Mak Jejah...

Thursday, December 08, 2011

TAK RETI-RETI ATAU TAK FAHAM-FAHAM ?

Tak nak cerita pasal hal kerja atau hal peribadi, tapi nak cerita pasal sifat manusia merujuk kepada individu, kumpulan, komuniti, masyarakat dan rakyat yang tak reti-reti atau memang tak faham-faham dengan hal-hal kecil seperti guna tandas awam. Kenapala segelintir dari kita yang duduk di bumi bertuah ni tak reti-reti nak guna tandas awam tu dengan baik???Adakah kerana namanya pun tandas awam???Sebab kekadang ada tandas awam yang kena bayar 20sen or 30 sen sekali masuk jadi suka hatila nak guna macam mana.. Sakit hati bila masuk tandas tengok ada kertas tisu bersepah, itu belum kira barang buangan sensored dan sebagainya. Dimana letaknya kebersihan???Dan makin jadi tak faham bila masuk tandas kena bayar termasuk tandas PLUS ( sebab bayar tol jadi termasuk dalam kategori yang sama) bila ada pencuci tandas tapi tandas tak macam dicuci..Kadang-kadang mulut ni ringan je nak cakap kat akak-akak/ abang-abang yang duduk kat tandas tu ''Daripada akak/abang dok berborak je, baik akak cuci toilet'' tapi biasala..tak sampai hati dan takut juga tak pasal-pasal nanti makan mop jadi diamkan jerla mulut ni..Senario orang guna tandas tak reti nak pam atau flush satu hal. Kenapa tak flush wahai pengguna tandas yang budiman adakah anda tak reti guna flush atau anda tak faham penggunaannya??Jadi perlulah di setiap bilik tandas tu letak je manual cara nak guna pam tandas..Tapi macam mana pula dengan flush yang tak boleh pakai??Kepada mereka yang berkenaan tolongla jaga tandas yang anda caj tu, apa gunanya duduk kutip sen pengguna kalau tak gunakan untuk penyelenggaraan tandas tu..Jadi tak reti atau tak faham??